DhiaLova

Ini 5 petanda LDR korang tak mampu bertahan lama

Oleh  | 

HUBUNGAN cinta jarak jauh atau Long-Distance Relationship (LDR) bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kepercayaan untuk memastikan ia kekal ke gerbang perkahwinan.

Namun, jika salah seorang tidak mampu memberikan kepercayaan dan komitmen, hubungan LDR korang mungkin akan terlerai di tengah jalan.

Semua orang inginkan kisah cintanya bertahan sampai ke akhir hayat. Tapi dalam beberapa perkara, korang perlu realistik menghadapi kenyataan. Jika korang mempunyai perkara ini, mungkin hubungan cinta jarak jauh korang tidak akan bertahan lama.

Asyik tak nak jumpa

via GIPHY

Kalau dah namanya bercinta jarak jauh, logiklah kalau korang tak selalu berjumpa. Tapi kalau korang je yang berusaha nak jumpa tapi si dia asyik selalu berdalih dan beri sangat alasan. Mungkin korang perlu berfikir lebih dalam siapakah yang menjadi keutamaan sang kekasih korang sekarang.

Tak ada plan masa depan

via GIPHY

Kalau betul si dia betul-betul sayangkan korang. Dia sepatutnya dah ada peracangan untuk menamatkan LDR yang menyeksa ini. Tapi kalau dia tak ada perancangan langsung walau sudah 6 bulan menjalin hubungan, mungkin korang patut pertimbangkan semula untuk hidup bersamanya di hari tua.

Tak mahu berjumpa keluarga

via GIPHY

Normal sebenarnya kita nak bawa keluarga melancong ke tempat yang jauh. Alang-alang melancong ke tempat sang kekasih, mestiah kita nak ajak berjumpa kan? Tapi kalau kekasih korang banyak sangat alasannya dan tak nak jumpa keluarga korang. Boleh jadi dia sebenarnya tak berapa serius menjalin hubungan bersama korang. Hati-hati okey!

Rasa ada benda tak kena

via GIPHY

Setiap pasangan mempunyai fasa tertentu dalam hubungan masing-masing. Kalau korang hanya bertemu dua kali sebulan. Sepatutnya korang akan excited untuk jumpa each other. Tapi, kalau dia nak menunjukkan reaksi yang dibayangkan. Hanya bermasam muka. Boleh jadi dia sedang mempunyai masalah besar.

Tapi kalau setiap kali jumpa dia akan bermuka masam, itu mungkin petanda dia sudah bosan dengan korang.

Dia berasa rimas

via GIPHY

Kalau dulu si dia selalu telefon atau Whatsapp bertanya khabar dan bertukar cerita. Tapi dia tiba-tiba tidak membalas text atau tidak angkat call korang. Bukan itu sahaja, dia turut merasakan kebiasaan yang korang lakukan itu merimaskan. Itu tandanya ada yang tak kena.

Setiap perhubungan pasti akan menerima cabaran dan ujian. Tapi apa yang penting ialah bagaimana kita dapat menurunkan ego dan melewatinya bersama-sama.

Namun, kalau semua perkara telah korang lakukan tapi si dia tetap tak berubah hati. Itu tandanya korang pergilah cari cinta yang lain sebab mungkin dia bukan jodoh korang.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my