DhiaLova

Ini 5 sebab kenapa kita selalu jatuh cinta pada orang yang salah!

Oleh  | 

NAK cari pasangan hidup tak semudah petik jari je. Semua orang ada kriteria masing-masing untuk dapatkan pasangan idaman kan? Bila dah dapat kriteria yang kita nak tapi tak setia pula. Sayangnya tak semua perkara yang kita harapkan jadi kenyataan. Lebih-lebih lagi sekarang ni perempuan lebih cenderung untuk suka lelaki yang ada aura “bad boy” gitu. Pening! Pening!

Untuk make sure masa korang tak membazir dekat orang yang “salah”, Dhia nak share dengan korang beberapa tanda yang menunjukkan korang mencintai orang yang salah. So check them out supaya masa dan perasaan kita tak tersia okay?

1.Korang cuma sukakan aura dan pesonanya sahaja, bukan keperibadiaan dia

Sedar tak sebenarnya kita confuse antara pesona dan keperibadian seseorang tu. Belum tentu lagi sifat dia yang romantis tu menunjukkan sifat keperibadiaan dia yang sebenar. So korang kena alert bab-bab ni tau. Kalau boleh, fokus lebih pada keperibadian dia. Contohnya, tentang kejujuran dan kesetiaan. Baru nampak keikhlasan dia kat situ kan?

2. Selalu “menghalalkan” tingkah laku dan pertuturan yang menyakitkan hati

Pernah tak setiap kali keluar perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati dari pasangan korang, korang diamkan dan tak berani untuk bersuara? Contohnya, apabila pasangan korang tak henti-henti bercerita pasal ex girlfriend dia atau memberi banyak alasan setiap kali korang minta dia buat sesuatu untuk hubungan korang. Well, daripada sakit hati memendam lebih baik korang terus-terang apa yang terpendam dalam hati korang. Kalau dia serius dengan korang dia akan jaga hati korang. Kalau tak tu, faham-faham sendiri jelah ye!

3. Terlalu yakin dapat mengubah pasangan

Ha, ini memang biasa berlaku pada orang perempuan kan? Kalau dah sayang tu partner buat salah pun sanggup je pejamkan mata. Hentikan “kebodohan” ini guys! Kita selalu fikir orang peduli tentang kita tapi sebenarnya sebaliknya. Semua orang ada kepentingan sendiri so mungkin pasangan korang akan rasa terpaksa setiap kali perlu berubah. Dalam erti kata lain, tak ikhlas! Sebab tu la kebanyakan perubahan tu tak akan kekal lama.

4.  Terlalu fokus pada ciri-ciri lelaki idaman sampai sanggup “makan hati”

Kadang-kadang akibat terlalu mengejar kriteria idaman korang, korang sampai sangup tutup mata dengan kesalahan-kesalahan yang partner korang buat. Contohnya, sanggup nak ada boyfriend kacak walaupun perangai dia tak kacak mana pun. Jangan girls! Tak salah if korang lebih terbuka dengan kemungkinan yang datang. Mana tahu yang tak ada dalam kriteria tu lah yang mampu buat korang lebih bahagia kan?

5. Kurang bergaul atau berjumpa orang baharu

Mungkin faktor jadual kerja yang padat buat korang terbatas untuk kemana-mana dan lakukan apa-apa aktiviti. Apa kata lepas ni korang cuba untuk lebih terbuka dan curi sedikit masa untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik atau beriadah. Mana tahu boleh jumpa jodoh kat situ ke at least dapat jumpa orang baru.

Alright, ini lah 5 sebab kenapa korang jatuh cinta dekat orang yang “salah”. Next time kena beware dan jangan salah lagi okay? Semua orang berhak untuk bahagia dan tiada siapa dapat bahagiakan kita melainkan diri kita sendiri. So jangan tersilap pilih!

Sumberhttps://www.idntimes.com/life

1 Comment

  1. mawar putih

    23 February 2019 at 8:21 am

    Setuju sangat dgn reason2 yg dinyatakan. memang tak dinafikan.😅. Biasalah perempuan bila dh sayang semua tolak tepi walaupun selalu makan hati dan benda yang sama akan keep repeating. 😔

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my