Serious?!

Ini 5 siri Sitkom yang pernah buat kita melekat depan televisyen!

Oleh  | 

Cerita sitkom atau ‘situation comedy’ memang pernah menjadi kegilaan suatu masa dahulu.

Banyak siri-siri sitcom ini yang buat kita melekat depan televisyen dan berkumpul satu keluarga untuk sama-sama layan cerita ini.

Yelah, zaman itukan mana ada facebook, whatsapp, atau twitter. Jadi, menonton sitkom adalah benda paling trendy nak jadikan bahan borak dengan kawan-kawan keesokkan harinya.

Jadi, ini Dhia nak senaraikan antara siri sitkom yang pernah popular di negara kita suatu ketika dahulu.

 

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Ha siapa yang boleh lupa opening sitkom ini dengan bunyi rancak dan barisan pelakon yang memang mantap seperti Imuda, Sabri Yunus, Angelina Tan, Sathiya dan banyak lagi. Ceritanya ringkas, ia tentang ragam mereka yang tinggal di Flat Seri Wangi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Namun, sitkom arahan Othman Hafsham ini berjaya menceritakan  perangai dan tabiat warga kota ini dalam kehidupan seharian. Memang tak kering gusi!

Phua Chu Kang

Siapa yang tak kenal dengan Phua Chu Kang lakonan Gurmit Singh si rambut kerinting, berkasut kuning dan tahi lalat besar di pipi. Bukan sahaja personalitinya yang kelakar membuatnya diingati, malah ayatnya yang terkenal iaitu Don’t play play pernah diucapkan oleh semua orang dan menjadi fenomena suatu masa dahulu. Begitu kuat magis Phua Chu Kang apabila berkali-kali dinobatkan sebagai Rancangan Komedi Terbaik oleh Anugerah Televisyen Asia.

Dunia Baru

Okey, tipulah kalau korang tak pernah duduk depan televisyen sebab nak tengok cerita Dunia Baru yang dilakonkan oleh anak-anak muda macam Elyana, Pierre Andre, Almy Nadia, Anita Baharom dan ramai lagi. Drama arahan  M. Hitler Zami yang ditayangkan oleh TV3 ini bercerita tentang dunia yang dihadapi oleh golongan remaja yang baru memasuki alam kampus. Cerita ini pernah jadi hit dekat kaca TV dengan rating sebanyak 3 juta penonton!

 Puteri

“So, kita enjoy!”

Ha, ini pun antara sitkom yang digilai ramai ditambah pula dengan Nora Danish yang manja memegang watak utama dalam siri ini selalu mencuri tumpuan penonton. Siri Puteri ini menceritakan tentang persahabatan Puteri, Kamala dan Anita. Ada sahaja masalah yang datang dan terpaksa diselesaikan Puteri.

Spanar Jaya

Sebut Spanar Jaya,  confirm korang akan teringat Mat Rock. Sitkom Spanar Jaya memang tak boleh dinafikan lagi lawaknya yang memang buat orang asyik ketawa. Ceritanya tentang drama-drama yang berlaku di sebuah bengkel bernama Spanar Jaya. Sitkom ini dibarisi oleh pelakon handalan macam Zaibo, Ahmad Idham, Wardina, dan Opie Zami. Bukan itu sahaja, pada 2015, Spanar Jaya pernah diiktiraf oleh Yahoo! News sebagai  antara rancangan sitkom tempatan yang paling diingati.

Siri komidi yang pernah ditayangkan NTV7 ini dikhabarkan bakal buat comeback! walaupun ramai pelakon yang sudah tiada, namun barisan pelakon baru yang akan membintangi sitkom Spanar Jaya diharap dapat mengembalikan kegemilangan sitkom ini suatu ketika dahulu.

Sempena meraikan Spanar Jaya ke 20 tahun, siri Spanar Jaya X telah diperkenalkan dan bakal bersiaran pada 2 Februari 2019, setiap Sabtu pukul 9 malam di TV3. Berdurasi selama 30 minit untuk 13 episod! Yea tak sabar nak tonton.

So, apalagi girls, jangan lupa untuk ready  duduk depan TV dengan keluarga korang untuk tengok cerita ini!

BACA: ‘Good news girls’! Siri komedi Spanar Jaya X bakal gegarkan televisyen korang Februari ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my