Inspirasi Dhia

Ini 5 suara klon penyanyi lagenda Malaysia!

Oleh  | 

NAK dengar balik suara-suara penyanyi era P.Ramlee sekarang ni memang sukar. Suaranya yang lunak, mendalam, lembut dan tidak membingitkan telinga.

Kadangkala, sampaikan orang muda pun turut berhibur dengan lagu-lagu arwah P.Ramlee, Ahmad Jais dan A Ramlie. Ha jangan terkejut, ramai sebenarnya yang suka layan tau!

Baru-baru ni sis terjumpa beberapa orang yang mempunyai kebolehan menyanyi dan suaranya pula saling tak tumpah seperti penyanyi-penyanyi lagenda ni! Meh sis kongsikan dekat korang.

Klon Ahmad Jais

Ahmad Yassin ni dijemput oleh Malaysia Hari Ini baru-baru ini untuk menghiburkan penonton dan berkongsikan suaranya yang saling tak tumpah seperti Ahmad Jais! Kalau pejam mata tu, ish tak dapat beza!

Klon A. Ramlie

Yang ini pula memang sama suaranya mahupun gaya! Sehinggakan ramai yang memberikan respon yang seakan tidak percaya! Nah korang dengar sendiri.

Klon Sudirman

Siapa je yang tak tahu lagu ini kan? Sudah tentu kita pun kenal dengan penyanyi asalnya! Kali ini Juara Mentor Milenia yang dikatakan suaranya persis arwah Sudirman. Boleh nampak apabila dia menyanyikan lagu Merisik Khabar pada persembahan Mentor Milenia minggu ke 10. Sedap sangat suaranya!

Klon P.Ramlee 

Fairuz Misran ni memang mempunyai gaya dan rupa yang sama. Seakan pelanduk dua serupa! Tak cukup dengan itu, suaranya pula sama! Bila tengok dia menyanyikan lagu Ragaman ni memang teringat arwah P Ramlee tau.

Sis rasa sangat berbangga dengan mereka ni kerana mengembalikan semula vibe lagenda-lagenda penyanyi Malaysia dahulu!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my