D-Life

Ini 5 tips ‘survival’ gadis moden di bandar!

Oleh  | 

SEKARANG ni kita selalu dengar banyak kes-kes jenayah di Malaysia. Apa yang membimbangkan perkara-perkara seperti ini sering berlaku di bandar. Kita sebagai perempuan mesti hati-hati terutamanya yang belajar atau bekerja di kawasan bandar dan mesti sentiasa bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.

So, bila dah dengar perkara macam ni korang jangan pula risau. Meh dhia share sikit tips-tips survival gadis moden yang tinggal di bandar kat bawah ni. Baca tau!

1.  Sentiasa bawa pepper spray kemana-mana

Kita kena sentiasa berjaga-jaga. Jangan pernah lupa bawa pepper spray sebagai perlindungan bila korang terpaksa keluar berseorangan di bandar.

2.  Keluar berteman

Sebolehnya, setiap kali keluar perlulah sentiasa berteman. Zaman sekarang ni terlalu bahaya untuk keluar berkeseorangan. Macam-macam boleh jadi! Kalau tak berteman pun at least jangan jalan ditempat yang sunyi okay!

3. Kongsi lokasi kepada keluarga atau teman

Berkongsi lokasi semasa korang keluar kepada orang yang rapat. Contohnya keluarga dan teman-teman rapat. If something berlaku pada korang pun mereka tahu keberadaan korang. Bukannya berkongsi semua benda dekat media sosial. Itu boleh mendatangkan bahaya!

4. Latih diri untuk jadi independent

Kalau boleh jangan terlalu bergantung hidup pada orang lain kerana kadang kala korang je yang boleh handle life korang. So, masa-masa macam ni lah korang kena jadi kuat dan jadi independent. Kalau tak boleh, macam mana korang nak survive life di bandar?

5. Elakkan berjumpa dengan orang yaang dikenali melalui media sosial

Bukan tak boleh nak berkawan tapi at least kena filter juga dengan siapa yang korang jumpa. Hati manusia kita tak boleh jangka. So sentiasalah berjaga-jaga dengan apa jua kemungkinan okey?

Life dekat bandar ni memang mencabar tapi tak bermakna korang tak boleh survive and enjoy your city life. Hanya perlu ingat sentiasa utamakan keselamatan diri korang je!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my