Serious?!

Ini 5 tragedi kemalangan yang pernah terjadi di Jambatan Pulau Pinang

Oleh  | 

TRAGEDI sebuah kenderaan dipandu Moey Yun, seorang lelaki awal 20-an yang terhumban ke dalam laut baru-baru ini sangat meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, akhirnya kenderaan SUV, Mazda CX-5 putih itu berjaya ditemui dan dinaikkan petang semalam.

FOTO: Front Desk. com

Ternyata ia bukanlah kerja yang mudah, 41 penyelam dikerahkan untuk mencari kenderaan terbabit akibat faktor arus deras dan keadaan air yang berkelodak menyukarkan pencarian.

Jika dikenang-kenang, ini bukanlah kali pertama tragedi meragut nyawa berlaku jambatan Pulau Pinang. Berikut adalah 5 tragedi melibatkan kenderaan yang pernah berlaku di jambatan Pulau Pinang setakat ini.

2010

Pada 20 September 2010, jam 1.30 pagi,  sepasang suami isteri muda maut sebaik sahaja kereta MPV yang dipandunya merempuh besi selusur dalam kemalangan di jambatan Pulau Pinang.

2012

Pada 1 November 2012, jam 3.30 pagi, seorang kerani akaun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas  merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut. Kejadian itu berlaku di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown.

2015

Pada 30 Oktober 2015, jam 9.30 pagi, seorang lelaki tercampak apabila motosikal yang ditungganya bergesel dengan motosikal lain. Mangsa, Mohammad Noor Firdaus Yahya bagaimanapun hanya cedera ringan apabila badannya terbendam ke dalam lumpur di bawah jambatan berkenaan.

Pada tahun yang sama bertarikh 12 November, jam 5.49 pagi, seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan. Keretanya kemudian terbabas dan tercampak  ke laut di Km 0.6 menghala ke Perai.

2019

Pada 20 Januari 2019, jam 2:45 pagi, kereta yang dipandu seorang penuntut kolej swasta terhumban ke  dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.

Baru-baru ini juga, bukan kemalangan melibatkan kereta, namun berita sedih ini juga mendapat perhatian ramai. Seorang lelaki membuat gempar apabila melakukan aksi bunuh diri secara langsung dengan terjun dari jambatan tersebut. Namun, mujur sahaja lelaki itu sempat diselamatkan bot nelayan yang kebetulan berada di situ.

Banyak insiden berlaku, jadi, korang kena bagi extra perhatian setiap kali memandu di Jambatan Pulau Pinang, ok?

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my