Serious?!

Ini 5 virus maut yang pernah menyerang dunia

Oleh  | 

TAHUN 2020 baru sahaja menjelang dalam masa sebulan. Terdapat pelbagai tragedi yang telah berlaku. Kerisauan mula melanda dek kerana akibat kecuaian manusia sendiri. Masih lagi ramai manusia yang tidak bertanggungjawab. Masih ramai lagi yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan kesihatan diri dan kepentingan alam sekitar.

Malah, siap berbangga menjadi seorang yang jahil dalam perkara yang sudah pun ternyata buktinya! Bagaimana lagi kita nak sampaikan kepentingan semua ni pada manusia sejenis begini?

Kalau kejahilannya tidak menganggu nyawa orang lainlah cerita. Tapi, ia menjejaskan individu yang lain sehingga tahap membahayakan nyawa. Disini sis nak kognsikan dekat korang 5 jenis virus yang paling merbahaya menyerang dunia.

Ebola

Virus Ebola ini merupakan virus nombor satu yang paling merbahaya di dunia. Dinamakan sempena Sungai Ebola di Democratic Republic of the Congo dimana kes pertama tercatat.

medscape

Virus ini mempunyai tanda awal seperti sakit kepala dan sakit tekak. Terus kepada lidah tergulung dan darah keluar daripada mata! Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan kegagalan organ. Paling menakutkan penyakit ini tiada ubatnya!

Marburg

Bermula di German, Marburg dan Frankfurt adalah kes pertama yang di catat dan terjangkit daripada sejenis haiwan yang diimport untuk tujuan kajian dalam penyakit polio. Sehingga kini tiada ubat yang berjaya dicipta untuk melawan!

Hantavirus

Hantavirus ini boleh berjangkit melalui udara dan dikatakan berasal daripada sejenis tikus. Virus ini tidak tahu bagaimana boleh tercetus daripada tikus. Tiada ubat untuk virus ini dan kesanya adalah kegagalan organ penting!

Lassa

Lagi satu jenis virus yang berpunca daripada spesis tikus. Boleh terjangkit melalui udara sahaja dan kesannya boleh mengakibatkan sesak pernafasan, sakit bahagian dada dan ada juga hilang keupayaan untuk mendengar! Punyalah bahaya. Namun, para pengkaji berjaya menemukan ubat yang boleh melawan jika di peringkat awal.

 

Coronavirus

Yang giat menyerang manusia sekarang ini adalah dimana ia berpunca daripada haiwan. Laman sesawang World Health Organization (WHO) menyatakan virus ini sebenarnya telah dijangkiti di antara haiwan. Antara tanda awal adalah, sukar bernafas, batuk, demam.

Akhir sekali, memandangkan dunia ini sedang aktif diserang coronavirus, sis nak kongsikan beberapa tips yang boleh membantu korang daripada terjangkit.

Selalu basuh tangan dengan sabun yang mengandungi bahan alkohol, tutup mulut ketika batuk dan bersin, masak daging dan telur sepenuhnya dan elakkan daripada dekat dengan individu yang mempunyai masalah pernafasan, batuk atau selsema.

Sumber1 :WHO

Sumber:Mentalfloss.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my