Serious?!

Ini 6 benda yang korang boleh buat dengan RM30 eTunai!

Oleh  | 

KIRA-KIRA 15 juta rakyat Malaysia dah boleh tebus RM30 yang diberi kerajaan melalui aplikasi e-Tunai seperti Grab, Boost dan Touch ‘n Go sejak semalam. Jadi, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun layak untuk menerima wang ini.

Kalau scroll sahaja timeline Twitter hari ini, rata-ratanya dah buat penebusan. Terpulanglah apa yang korang nak buat dengan duit itu. Nak beli barang pun boleh, nak makan boleh, nak guna perkhidmatan pun tak ada masalah. Cumanya, duit itu korang kena belanjakan sebelum 14 Mac.

Jadi, hari ini sis ada tanya juga kawan-kawan apa yang mereka buat dengan duit itu. Jom kira tengok apakah yang boleh dilakukan dengan RM30 itu.

Pergi makan tengahari

Kalau selama korang hidup, boleh kira dengan jari berapa kali sahaja korang belanja kawan makan. Dengan adanya RM30, inilah masanya korang nak buat amal kebaikan dengan belanja kawan-kawan korang makan tengahari. Mana taknya, zaman sekarang ini dah ramai peniaga restoran dan kedai yang dah menerima cara pembayaran eTunai ini.

Bayar parking

Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja dekat pusat bandar, semestinya korang pernah menghadapi kesusahan susah dapat parking. Tapi lepas parking baru sedar mesin bayar parking rosak, memang buat korang makin didih hati. Dah satu hal nak tawaf kawasan sekitar cari mesin parking yang berfungsi. Tapi di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Bharu, korang dah boleh buat pembayaran parking secara digital menggunakan sistem eTunai. Tinggal tekan dan bayar sahaja. Tak payah bazir masa nak gores kupon.

via GIPHY

Beli barang dapur

Tak ada barang nak masak dekat dapur? Inilah masanya korang rajinkan diri berbelanja keperluan dapur dengan mengunjungi pasaraya yang menggunakan sistem ini. Dengan RM30, korang boleh beli sayuran, ikan, ayam, atau pasta, Pandai-pandailah buat kira-kira sendiri okay.

Guna perkhidmatan

Korang juga boleh menggunakan duit ini untuk perkhidmatan juga. Tak semestinya kena beli barang sahaja. Kalau korang tebus guna aplikasi Grab, korang boleh pergi ke mana-mana destinasi dengan duit tersebut. Malas nak memandu ke rumah kawan untuk lepak hujung minggu, panggil sahaja Grab. Mudahkan?

Beli tiket wayang tanpa beratur

Inilah masa yang sesuai untuk korang sokong filem-filem tempatan yang sedang ditayangkan dekat wayang macam Ejen Ali The Movie. Korang boleh beli tiket wayang tanpa susah-susah beratur panjang. Ajak la adik-adik korang teman supaya boleh kongsi popcorn. Jangan sedih sangat tengok movie seorang diri.

Beli tiket keretapi, bas

Nak dekat cuti perayaan Tahun Baru Cina ini mesti ada yang rancang nak balik kampung, kan? Korang boleh beli tiket train dekat KLIA/KLIA 2 atau tiket bas dekat Catch That Bus tanpa perlu beratur panjang. Korang hanya perlu pilih destinasi. Kalau korang bernasib baik, korang mungkin akan mendapat diskaun di atas pembelian eTunai.

Lepas ini, korang tak perlu bawa dompet tebal-tebal untuk buat semua ini. Semuanya hanya dengan eTunai. Gunakan baik-baik, ok? Yang belum tebus, belum terlambat. Korang masih boleh tebus lagi. Enjoy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my