Serious?!

Ini adalah yang terbaik. China buat servis ‘potong rambut jarak jauh’ elak COVID-19!

Oleh  | 

MACAM-macam cara difikirkan untuk memastikan bisnes berjalan. Pada masa yang sama, kesihatan diri pun penting juga. Ini ada cerita menarik di China apabila pendandan rambut alat membasuh rambut yang dilekatkan pada sebuah batang kayu bagi mengelakkan dijangkiti coronavirus.

Baru-baru ini, seorang pendadan rambut bernama Dia Bing berkongsi rakaman video menunjukkan rakaman dua sahabatnya menggunakan batang kayu dan memotong rambut jarak jauh di sebuah salon di selatan Luzhou wilayah Sichuan.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat sahabatnya sedang memakai topeng penutup mulut dan hidung sambil menggunakan kayu yang dilekat berus, pencukur rambut dan pengering rambut.

Pemilik salon berkenaan mengatakan idea berkenaan diwujudkan supaya pelanggan berasa lebih selesa dan selamat.

Ini kerana, pegawai kesihatan di China telah menasihatkan orang ramai agar meminimumkan sebarang hubungan fizikal bagi mengurangkan potensi penyebaran virus COVID-19.

Setakat semalam, China telah melaporkan lebih 80,000 kes COVID-19 dan mengorbankan kira-kira 2,900 mangsa sejak Disember lalu.

Sumber: NYpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my