Be-You-Ty

Ini akan jadi jika kamu pakai terlalu banyak produk

Oleh  | 

MEMANG lumrah wanita untuk kelihatan cantik. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis duit untuk memiliki wajah yang bersinar dan awet muda.

Tambahan pula, di zaman serba serbi canggih ini terdapat lambakkan produk dan pengaruh sosial media yang berlumba-lumba meyakinkan kamu bahawa produk mereka yang terbaik.

Walaupun begitu, kamu kena tahu bahawa tak semua produk bersesuaian dengan kulit muka kamu.  Memakai produk yang berlebihan akan merosakkan kulit wajah kamu tanpa sedar. Oleh itu, ini adalah beberapa tanda yang boleh memberi kesan kepada wajah kamu.

Ruam dan gatal

via GIPHY

Jika kulit kamu tiba-tiba menjadi merah, gatal dan tidak rata, ia adalah petanda bahawa produk yang kamu gunakan sedang membawa kesan negatif pada kulit. Ini terjadi disebabkan tindak balas kulit terhadap bahan pengawet dan pewangi di dalam produk.

Kulit merekah

via GIPHY

Jika kamu rasakan kulit kamu merekah. Ia menunjukkan kulit muka kamu tidak lagi lembap. Kau harus mengurangi memakai beberapa produk. Kulit kering akan membuatkan pori-pori di wajah kamu membesar dan menambah keduta pada wajah. Kamu juga dinasihati  untuk memilih produk yang memiliki kandungan PH yang seimbang dan menggunakan bahan semulajadi.

Iritasi

via GIPHY

Jika kamu menggunakan bahan eksfoliasi kulit seperti skrub, atau krim retinol secara berlebihan. Kamu akan berhadapan dengan kesan seperti kulit menjadi merah, mengelupas dan sensitif.Kulit kamu akan terhakis dan membuatkan kamu kehilangan sel kulit mati daripada yang sepatutnya.

Kulit jadi terlalu berminyak

via GIPHY

Memang kamu mudah tergoda dengan produk yang menjanjikan kulit kamu bebas minyak. Namun, menggunakan produk bebas minyak kadang boleh membuatkan kulit kamu bertambah berminyak. Carilah serum atau pelembap berbentuk gel yang boleh melembapkan kulit tanpa membuatkannya berminyak. Tak salah untuk mencuba, namun kamu harus berhati-hati dalam memilih produk untuk selamatkan diri kamu dari mangsa produk kecantikan, ok girl?

Sumber: kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my