DhiaLova

Ini aktiviti yang korang boleh lakukan di waktu pagi bersama pasangan!

Oleh  | 

APA perkara pertama yang korang selalu lakukan ketika bangun pagi? Adakah korang menghadap phone untuk check update terkini atau korang terus mandi? Apa kata ubah sedikit rutin pagi korang bersama pasangan dengan luangkan waktu pagi dengan hubungan intim yang sihat.

Sebenarnya banyak manfaat dan kelebihan aktiviti seksual pada waktu pagi yang ramai tidak tahu. Kelebihan-kelebihan ini bukan sahaja boleh merapatkan hubungan suami isteri, tetapi juga boleh membantu dari aspek kesihatan korang berdua.

Senaman Yang Lengkap

Hubungan intim di pagi hari merupakan aktiviti senaman yang hampir lengkap. Untuk pengetahuan korang, hubungan intim boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia sama seperti korang berjoging selama 15 minit. Jadi, apa salahnya kalau korang gantikan rutin senaman pagi korang dengan aktiviti di ranjang.

Hubungan Intim Lebih Hebat

Hubungan intim waktu pagi lebih hebat kerana korang berdua baru sahaja melalui waktu rehat yang cukup ketika tidur, jadi korang berdua lebih bertenaga dan bersedia.

Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan

Hubugan intim di waktu pagi boleh mengelakkan korang dari demam dan selsema. Ia juga meningkatkan daya tahan tubuh korang berdua dan korang berdua akan lebih bersinar kecerian. Kalau tak percaya cuba lah!

Tak Perlu Lagi Kafeina

Buat korang yang ingin kurangkan pengambilan kopi di waktu pagi, cubalah aktiviti intim diwaktu pagi. Kajian menunjukkan hubungan kelamin dengan pasangan korang pada waktu pagi boleh beri kesan yang sama dengan pengambilan kafeina.

Kesan ini didalam bentuk yang sihat, seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan menguatkan otot-otot tubuh.

Kelihatan Lebih Muda

Hormon DHEA adalah hormon anti-penuaan yang berfungsi untuk mengurangkan kesan penuaan pada tubuh manusia. Hormon dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita, tetapi akan berkurang selari dengan meningkatnya usia.

Ini lah menariknya hubungan intim di waktu pagi sebab ia bertindak sebagai “booster” kepada hormon DHEA ini. Hormon DHEA dalam darah akan meningkat sehingga 5 kali ganda selepas setiap kali anda orgasma.

Jadi buat korang yang nak kekal awet muda cuba la lakukan hubungan intim di waktu pagi!

Rembesan Oxytocin

Oxytocin pula adalah bahan kimia yang dirembeskan oleh tubuh selepas aktiviti intim. Oxytocin berfungsi untuk buat anda lebih tenang dan gembira. Bila lagi waktu terbaik untuk korang berdua tenang dan gembira selain daripada waktu pagi? Pergi kerja pun asyik tersenyum je!

Buat Anda Berdua Lebih Tenang

Para pengkaji dari Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat mendapati rutin hubungan intim di waktu pagi adalah penghilang stress semula jadi. Mereka mendapati keadaan tenang tanpa stress, boleh berlanjutan sehingga 7 hari selepas aktiviti intim di waktu pagi.

Jadikan hubungan intim di waktu pagi sebagai salah satu rutin korang berdua. Dengan adanya aktiviti sihat ini, ia dapat mengeratkan lagi hubugan korang sebagai suami isteri. Semoga bermanfaat untuk korang!

Sumber: Panduan lengkap suami isteri

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my