DhiaLova

Ini alasan kenapa tak boleh cintakan ‘someone’ terlalu dalam?

Oleh  | 

JANGAN mencintai seseorang terlalu dalam jika korang tidak pasti dia mencintai korang sama dalamnya dengan apa yang korang rasa. Ini kerana, kedalaman cinta hari ini, akan menjadi dalamnya luka di hari mendatang.

Kata-kata itu memang kedengaran ngeri, namun ada juga kebenarannya. Sesuatu yang berlebih selalunya bukan sesuatu yang baik.

Korang sangat beruntung kalau jumpa seseorang yang sayang korang sama banyak dengan macam mana korang beri.

Tapi ada banyak kes kawan-kawan dekat luar tu yang satu pihak je yang ada perasaan cinta yang dalam. Sebab itulah ada cerita patah hati yang selalu berlegar dekat timeline twitter.

Ada banyak perempuan dekat luar sana yang memberi cinta sepenuh hati kepada orang yang dicintanya. Namun, dia tidak pula memberi cinta yang serupa kepada dirinya sendiri.

via GIPHY

Kadang kita sayang orang sampai kita pun tak sedar yang kita kehilangan diri sendiri. Berikut adalah antara tanda-tanda seorang perempuan mencintai seorang lelaki dengan terlalu dalam sehingga kehilangan identiti dirinya sendiri. Jom baca sambil dengar lagu-lagu dalam playlist ni!

Mengagungkan sangat si kekasih

via GIPHY

Dari kecil kita selalu dengar lelaki selalu dikaitkan sebagai lebih bagus, lebih baik dan lebih bijak. Kalau korang selalu puji kekasih korang tanpa sebab yang jelas, takut nanti korang akan membesarkan egonya dan membuatkan diri korang kurang berharga di matanya. Pujilah kekasih korang sebab dia layak mendapatkan pujian itu.

Mengetepikan kawan-kawan

Benda yang menyedihkan kalau korang bercinta ialah apabila korang mengorbankan persahabatan sebab takut pasangan korang cemburu.

Kadang-kadang perempuan selalu ingat kalau dia pergi keluar dengan girlfriends dekat luar, nanti kekasih dia akan rindu atau tak boleh buat semua benda tanpa dia di sisi. Jadi, korang pun buat benda serupa dekat kekasih korang. Halang dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Kalau korang buat macam itu, korang sebenarnya telah berlaku kejam kerana menghilangkan salah satu support sistemnya.

Fokus tujuannya, bukan tujuan korang

via GIPHY

Ni satu lagi. Bila korang terlalu berharap dan bergantung kepada hidup dia sampailah korang tak tahu pun apa yang korang sendiri nak. Korang selalu menganggap tujuan hidup dia adalah tujuan hidup korang juga.

Dia dapat semua, korang?

Kadangkala, kita terlalu nak buat orang yang kita sayang itu gembira dengan memberikannya segala-gala. Tapi, dia pula suam-suam nak layan korang. Rasanya korang dah boleh check balik adakah korang mencintai orang yang betul.

Cinta yang sejati tidak akan pernah membuat korang membenci diri sendiri. Ingat tu!

Sumber: CNN Indonesia

1 Comment

  1. Nur

    17 March 2019 at 9:42 am

    Mcm mana nak check dan patah balik kalau dah jadi suami 🙁 #terikat #makanhati

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my