Serious?!

Ini antara pemburu hantu yang paling menyeramkan!

Oleh  | 

SERAM guys! 5 video daripada pemburu hantu yang paling seram bakal sis kongsikan pada korang dan ini bukanlah daripada filem-filem seram ataupun video palsu yang dicipta bertujuan untuk berhibur semata-mata.

Kesemua video yang ada ini adalah daripada pemburu hantu yang memang secara kebetulan mengalami saat-saat yang sangat menyeramkan!

Pelik tapi benar, jika kita lihat episod-espisod memburu hantu yang keluar di kaca televisyen, tidak lah sebegitu ekstrem. Tapi mereka yang diganggu dalam video-video ni ekstrem betul! Naik meremang bulu roma.

Nombor 5

Seorang pengguna Tik Tok yang bernama Nickcimino68 sering menceritakan rumahnya selalu aktif dengan bunyi-bunyian dan juga pergerakkan yang mengejutkan seperti lampu rumah sering berkelip tanpa sebab, bunyian kuat dari dapur dan sebagainya.

Sumber: YouTube

Satu hari, Nick terjumpa kad identiti para pesakit mental dari tahun 1965 di sebuah hospital Kings Park Psychiatric. Hospital tersebut pula terkenal dengan kes penderaan para pesakit mental dan ia menjadi salah satu punca mengapa ia ditutup. Dan ia tersorok dalam kotak fius elektrik di rumahnya. Sejak daripada perjumpaan itu, gangguan paranormal terhadapnya semakin teruk dan sehingga tahap membawa ke tempat kerja.

Nombor 4

Seorang pekerja wanita di hospital yang bernama Kimberly sering terdengar bunyi-bunyian yang tidak dapat dijelaskan dari mana datangnya. Bare in mind, tempat wanita ini bekerja adalah di hospital yang terletak tidak jauh daripada bilik mayat.

Sumber: YouTube

Dikoridor hospital di tempat Kimberly bekerja, terdapat satu cermin refleksi yang terletak berdekatan dengan siling koridor. Kimberly menyatakan hampir setiap kali dia melihat cermin ini, pasti ada sesuatu yang menunggunya di hujung koridor. Sesuatu bayangan hitam yang merangkak.

Nombor 3

Dua orang lelaki yang bernama Patrick dan Jason merupakan penyasiat paranormal. Mereka membuat keputusan untuk menyiasat sebuah rumah yang dikatakan mempunyai sejarah hitam iaitu ajaran sesat atau ‘cult’. Ajaran sesat di amalkan dalam rumah itu bertahun lamanya dan dikatakan banyak nyawa yang terkorban.

Sumber: YouTube

Dalam tengah menyiasat, mereka diganggu dengan pelbagai bunyi-bunyian sehinggalah mereka tidak menyangka diintai oleh ‘sesuatu’ yang besar dan tinggi.

Nombor 2

Seorang lelaki yang mendiami sebuah rumah bersama dua orang anak lelakinya sering diganggu oleh bunyi-bunyian dan barang dirumah bergerak tanpa sebab. Seperti pintu terbuka, lemparan buku dan sebagainya.

Berlaku terlalu kerap sehinggakan Zay berjaya merakam satu pergerakkan di dapur ketika menyembang dengan kedua anak lelakinya. Dua budak tersebut terkejut lalu menangis setelah menyaksikan gangguan itu.

Sumber: YouTube

Nombor 1

Dua orang penyiasat paranormal di Arab Saudi cuba untuk menerokai sebuah rumah yang telah ditinggal lama. Mereka menggunakan dua kamera pada waktu yang sama memberikan dua sudut pandangan yang berbeza. Ada ketika dalam video itu, salah seorang daripada mereka ternampak satu lembaga hitam yang tinggi lalu mengejarnya, dan meninggalkan rakannya yang sedang merakam dari belakang.

Sumber: YouTube

Apabila tiba, bayangan itu hilang. Namun, rakannya dari belakang sempat merakam kemunculan semula bayangan hitam itu berada di belakang rakannya tadi. Pengakhiran rakaman live tersebut dengan sesuatu yang sangat menakutkan apabila seorang rakannya berjaya merakam lembaga itu berada di belakangnya selama beberapa saat. Lelaki itu dikatakan panik sehinggakan menangis ketakutan!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my