Be-You-Ty

Ini antara punca kita diserang kencing kotor

Oleh  | 

TABIAT  buruk kehidupan harian kita sebenarnya yang banyak menjadi punca sesuatu penyakit menyerang. Kalau diri kita diserang penyakit, pastikan korang tengok balik cara kehidupan masing-masing.

Mungkin ada sesuatu yang dilakukan yang menyebabkan kenapa penyakit datang menyerang tubuh dan organ dalaman.

Oleh sebab itu, kita kena lah kawal tabiat yang tidak elok tu sebelum ia kawal kita! Seperti contoh, beberapa tabiat ini yang boleh menyebabkan korang terkena kencing kotor.

Tahan kencing

Tabiat ini bukan hanya akan menyebabkan berlakunya kencing kotor.  Ia berisiko untuk dapat buah pinggang. Jadi korang jangan jadikan tahan kencing sebagai tabiat tau.

via GIPHY

Kadangkala sis faham nak membuang air kecil di tandas awam tu agak sukar sebab tandas tu kotor dan kita pun jadi tak selesa. Tabiat menahan kencing ini adalah sangat tidak bagus kerana ia mampu untuk merosakkan buah pinggang kita.

Seluar dalam kotor

Selain daripada menahan kencing, ada juga yang berpunca daripada seluar dalam yang kotor. Kotor yang sis maksudkan adalah, dengan tidak menukar kepada yang baru setelah memakai dalam tempoh yang lama.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, seluar dalam yang basah juga boleh berpunca bakteria membiak. Oleh itu, korang kena pastikan bahagian sensitif itu sentiasa kering!

Cara Mengatasi

Nak atasi masalah kencing kotor ni senang je. Korang kena pastikan korang minum air banyak dan kalau boleh jangan tahan diri daripada membuang air kecil! Ini adalah sangat penting kerana, saluran kencing tu terganggu dan korang berisiko untuk menjadi lebih teruk! Oleh sebab itu, ambillah langkah yang baik dalam mengatasi masalah kencing kotor ni.

via GIPHY

Lagi satu yang sis nak nasihatkan adalah korang wajib minum air banyak. Dengan minum air yang mencukupi ini akan memudahkan keadaan korang untuk sembuh dengan cepat. Kurang minum air akan mengundang bahaya!

Yang paling akhir sis nak sarankan adalah, korang kena jumpa dengan doktor. Amalkan nasihat doktor supaya korang boleh sihat dengan sepenuhnya. Kadang kala, langkah yang kita ambil tu bukan tak bagus, cuma tak cukup kuat untuk menyembuhkan kita.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk kekal sihat dan pelihara diri daripada penyakit seperti ini. Bagi korang yang terkena tu, sis ucapkan semoga cepat sembuh!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my