D-Life

Ini barang penting yang korang kena jaga semasa travel!

Oleh  | 

KORANG yang suka travel ke sana ke mari ni mesti ada camera sendiri kan? Tak kira lah korang pakai kamera digital ke mirrorless ke ataupun DSLR, penjagaan camera ketika travel adalah sangat penting sebab macam-macam boleh jadi bila korang travel.

Benda ni sangat penting sebab macam mana korang nak bawak camera kalau takde beg, takkan korang nak pegang je 24 jam kan? Beg kamera juga sangat penting untuk korang bawak barang- barang camera yang lain contohnya seperti lens, battery dan charger.

Banyak perkara yang tak diingini kalau korang tak jaga betul-betul kamera korang nanti rugi kenangan yang dah dirakam ketika korang travel tu. Disini sis nak kongsikan beberapa tips yang korang boleh buat demi menjaga kamera korang bila travel.

Sentiasa bawak beg ‘camera’

Ingat, elakkan dari letak camera dekat dalam beg galas ataupun beg luggage sebabnya beg kamera ni dah pun disediakan khas untuk kamera dan ada bahagian-bahagian untuk meletak kamera. Berbanding beg yang lain, ia akan meningkatkan risiko kamera rosak di dalam beg.

Foto:Unsplash

Letakkan ‘Silica Gel’ Dalam Beg

Silica Gel ini sangat penting untuk diletakkan bersama kamera sebabnya silica gel ini membantu dalam menghalang lens atau kamera dari berkulat. Ianya sangat penting untuk mengekalkan udara yang kering di dalam beg anda. Nanti bila kamera dah berkulat dah takleh nak guna untuk ambil bergambar dan rugi la moment korang bila travel tu.

Foto:Unsplash

Baca juga: Travel waktu musim hujan?Tak ada hal lah!

Tutup ‘lens’ dengan penutup bila tak digunakan

Ini sangat penting untuk menghalang dari lens kamera korang masuk habuk ataupun calar. Selain itu, jangan gunakan baju, kain biasa atau tisu untuk mengelap lens sebab ianya hanya akan menjadikan lens bertambah kotor dan boleh menyebakan calar. Gunakan la kain microfiber untuk mengelap lens korang dan tutup bila korang tak menggunakannya.

Foto:Unsplash

Sentiasa guna tali kamera

Jangan lupa untuk menggunakan tali kamera supaya ianya dapat menghalang dari perkara yang tak diingini berlaku. Contohnya kamera boleh terjatuh disebabkan tiada bantuan tali sebab korang hanya memegangnya dan risiko untuk dicuri oleh orang lain pun sangat tinggi. Jadi berhati-hati ye gais.

Semoga apa yang sis kongsi ini memberi manfaat untuk korang menjaga kamera korang okay! Pegi travel nanti kongsikan la dengan sis gambar-gambar yang menarik.

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Muzium Aiskrim pertama dunia sudah dibuka!

Tempat makanan menarik di Terengganu yang wajib korang cuba

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my