Deko

Ini barangan Daiso yang korang boleh jumpa dekat MUJI

Oleh  | 

BAGI korang yang baru sahaja nak berpindah ke rumah baru  atau mahu memulakan deko bilik atau ofis, ha meh sini baca artikel ini.

Sis nak membantu korang mendapatkan ‘look’ yang moden namun tetap boleh jimat! Kadang kala kita ni yang baru masuk ke tempat yang baru memang memakan kos bulanan.

Bagi yang nak mengubah angin dengan bertukar hiasan deko juga turut memerlukan kos yang tertentu. Jadi ini beberapa bandingan yang sis nak kongsikan pada korang.

Cukuplah barangan kecil yang bersepah di atas meja solek itu berterabur dan tidak tersusun sekian lama. Bekas yang mempunyai penutup ini terdapat di ruangan Daiso dan juga Muji.

Foto:says.com

Kotak simpanan fail juga terdapat di Daiso yang mempunyai lebih kurang sama reka akan tetapi mungkin berbeza kualiti. Jadi terpulang kepada korang nak pilih mana satu.

Foto:Says.com

Selain dari itu, kotak simpanan barangan juga banyak terdapat di Daiso dan Muji. Kedua-dua lebih kurang sama! Korang nak mana satu?

Foto:Says.com

BUKAN lah sis nak kata MUJI nk tak bagus, MUJI ni lah kesukaan ramai dari segi pakaian sehingga lah barangan rumah. Semuanya cantik-cantik belaka!

Ada barangan yang korang boleh dapatkan di Muji dan ada barangan yang korang boleh dapatkan dari tempat lain. Dan berkemungkinan barangan di MUJI lebih tahan lama berbanding Daiso. Siapa tahu kan?  Ini semua mengikut pilihan masing-masing.

Sumber:Says.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my