D-Life

Ini benda korang boleh buat nak naikkan likes dekat Instagram

Oleh  | 

KALAU nak terkenal ini, ada sahaja benda yang orang buat sebab nak jadi viral. Bila follower Instagram makin banyak, mulalah sesi promosi barang  atau turun ke event secara berbayar. Korang boleh kaya di hujung jari. Sebab itulah ada yang sanggup buat lawak atau cabaran yang merepek asalkan boleh viral.

Tak salah nak jadi selebriti online, tapi biarlah kena dengan cara yang sesuai. Ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan agar korang tetap menjadi tumpuan netizen di alam maya. Tak kalah viral juga korang kalau buat benda-benda yang ‘membina’.

Jom kita tengok apakah cadangan untuk tambah jumla follower dan likes dekat Instagram secara organik (Kalau setakat beli follower tak payah sembang)

Review barang unik dan murah

Kalau nak unboxing make up mungkin dan macam biasa. Apa kata korang unboxing benda-benda aneh yang wujud dalam dunia ini Barang-barang antik ke atau mainan yang hanya ada waktu korang kecil. Unboxing majalah lama-lama yang ada Azwan Ali tengah segak bergaya ke atau gambar Siti Nurhaliza zaman anak dara.

Ajak pelihara alam

Dekat Malaysia ini boleh dikira berapa la agaknya bilangan orang yang jadi Instafamous sebab tolong orang. Boleh je korang ketengahkan isu-isu macam pelihara alam sekitar dalam Instagram korang. Jadilah Key Opinion Leader ala-ala Maya Karin yang memperjuangkan isu alam sekitar dan haiwan yang sedang kepupusan. Silap haribulan makin ramai yang akan jon korang.

Tutorial DIY

Why not! Dekat luar negara bersepah mereka yang tunjukkan cara tutorial online. Bahan yang digunakan pon ikut apa yang ada dalam rumah je. Tak payah mahal-mahal. Ubah supaya ikut citarasa korang.

Makan-makan

Siapalaj yang tak suka makan dekat dalam dunia ini. Kena tahu juga tempat makan best ini supaya tahu nak lepak mana dengan kawan-kawan. Kalau tak nak jadi vlogger makanan, korang boleh je jadi orang yang masak. Itulah yang dilakukan oleh Khairul Aming.

Bakat

Okay kalau korang ada bakat melukis, fotografi atau nyanyi? Gunakan semua bakat itu dan muat naik dekat Instagram. Mana tahu ada yang berkenan dengan bakat korang itu dan terus nak kenal korang lebih dalam. Kalau jenis yang suka nyanyi, mana tahu ada syarikat nak ambil korang jadi artis rakaman. Siapa tahu, kan?

Banyak lagi yang korang boleh buat untuk naikkan followers tapi inilah yang sis boleh cadangkan. Korang rasa apa lagi yang boleh dilakukan supaya orang follow IG korang? Cuba roger sikit.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my