Serious?!

“Ini cara betul mengelakkan COVID19,tiada sebut masakan singgang disini.”- Dr. Rafidah Abdullah

Oleh  | 

BARU-BARU ini kecoh di Malaysia apabila satu tv stesen yang melaporkan berita mengenai penawar Coronavirus. Yang dikatakan adalah masakan ikan singgang mampu melawan Coronavirus.

Sudah tentu perkara ini mendapat perhatian netizen apabila ia sedang berada dalam kerisauan tentang penyebaran Covid-19 ini.

Tak pasal-pasal ikan singgang mendapat nama. Namun, isi berita yang sebenar dilaporkan oleh stesen televisyen tersebut? Jom kita tengok dulu.

Setelah menonton, rupa-rupanya ia memberikan kenyataan tentang menu ini BERKEMUNGKINAN mampu menjadi penawar dan memerlukan kajian yang lanjut.  Bukanlah semata-mata terus menyatakan ia adalah penawar Covid-19!

Sebenarnya ia merupakan salah faham sahaja dan ini pula reaksi yang diberikan oleh pengguna Twitter berkenaan isu ini.

 

Foto:Twitter

Yang ini pula menyatakan disebabkan virus tersebut, kedua orang tuanya memasakkan menu tersebut dalam kuantiti yang banyak. Semoga kakaknya disahkan negatif Covid-19.

Foto:Twitter

Ini pula reaksi dari seorang doktor yang menyatakan ia adalah fakta yang tidak benar dan menu ikan singgang tidak ada dalam teknik pencegahan Covid-19!

Foto:Twitter/Dr. Rafidah Abdullah

Dr Rafidah juga turut sertakan sebuah gambar yang bersertakan lambang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan tentang langkah-langkah yang wajib kita lakukan bagi mencegah daripada terjangkitnya coronavirus ini.

Foto:Dr rafidah/Twitter

Jadi secara kesimpulannya, teori tersebut sudah dijelaskan memerlukan kajian yang khusus berkaitan dengan Covid-19 kerana ia BERKEMUNGKINAN mampu untuk merawat. Hal ini kerana ramuan menu ikan singgang itu menghasilkan komponen yang mampu menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia.

Dan mengikut pendapat Doktor Rafidahb pula, langkah yang terbaik untuk menentang COVID-19 adalah dengan 3 langkah penting iaitu, menjaga tahap kebersihan yang tinggi, elakkan melawati tempat berwabak dan bawakkan topeng muka dan lain-lain juga perlu serta dapatkan rawatan perubatan jika anda berisiko tinggi terutama selepas melawati tempat yang berwabak.

 

Semoga bermanfaat!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my