SuperDeals

Ini cara-cara mengesan Merkuri dalam produk kecantikkan

Oleh  | 

PRODUK kecantikkan di pasaran masa kini memang banyak. Bermacam jenis masalah kulit yang ada pasti wujud sesuatu produk kecantikkan sebagai penyelesaiannya.

Akan tetapi jarang yang kita nampak produk-produk ini boleh menjamin keselamatan kulit kita. Sampaikan ada yang mengalami keradangan dan akhirnya terpaksa menerima rawatan doktor.

Bukan itu sahaja, ada juga meninggalkan kesan parut yang teruk sehinggakan mustahil untuk dipadamkan dari pandangan mata!

Foto:Healthline

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang bagaimana untuk mengesan jika produk kecantikkan korang itu mengandungi bahan kimia yang merbahayakan seperti merkuri.

Pertama sekali, korang boleh kesan dengan bau yang dihasilkan oleh produk tersebut. Sebagai contoh, krim yang dicampurkan dengan merkuri biasanya mempunyai sejenia bau wangian yang kuat dan tajam.

via GIPHY

Ini digunakan bagi bertujuan untuk menutup bau merkuri tersebut. Jika krim itu berbau kuat, sila berhati-hati!

Selain daripada itu, jika krim tersebut berwarna putih untuk digunakan pada malam manakala warna kekuningan digunakan untuk waktu malam. Seringkali dua ‘set’ ini sering mengandungi merkuri. Jadi berhati-hati!

Bukan itu sahaja, krim yang mengandungi bahan bahaya ini sering kelihatan seperti berkilat. Ini menandakan ia berasal daripada merkuri logam  berat.

via GIPHY

Jika korang mendapat kesan dalam waktu seminggu, ini bererti sah kah krim tersebut mengandungi merkuri! Lagi satu perkara penting adalah kesan awal yang terdapat pada kulit tu.

Seperti contoh, kulit mudah terbakar dan kemerahan serta terdapat gatal-gatal pada penggunaan awal. Jika ada, berhati-hatilah dengan memberhentikan pemakaiannya.

Superdeals ada memberikan promosi akan produk yang dijamin bebas bahan kimia yang merosakkan kulit muka tu. Tunggu apa lagi?  Jangan lepaskan peluang ini!

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my