D-Life

Ini cara make up simple nak jumpa bakal mak mertua kali pertama!

Oleh  | 

MAU tak berdebarnya jantung bila nak jumpa bakal mak mertua kali pertama. Yelah, kita memang la dah tawan hati anak dia. Tapi kadangkala nak menang hati emak dia, tak mudah macam yang kita sangka. Orang kata, first impression memang penting.

Maka, dalam artikel kali ini kita nak sembang sikit macam mana nak make up yang sesuai untuk jumpa bakal mak mertua kali pertama. Bagi pemilihan solekan sebegini, sis cadangkan korang guna make up yang simple tapi menampakkan korang lebih manis. Barulah ayu anak dara gitu! Sumpah tak susah, dalam 15 minit pun dah siap.

Mari kita mulakan!

Lembapkan kulit dulu

Jangan main bedal je terus apply make up ya kawan-kawan. Sis faham korang berdebar kadangkala terlupa. Apapun, sila pakai pelembap yang sesuai dengan jenis kulit korang sama ada kering mahupun berminyak. Solekan korang pun akan nampak lebih menyerlah tau nanti. Kalau korang ada masa lebih, kornag boleh pakai mask dulu.\

BACA:Pikat hati mertua dengan resepi mudah lempeng pisang

via GIPHY

Sorok lebam bawah mata tu!

Mungkin malam tadi sebab cuak sangat korang pun tak boleh tidur. Apalagi, wujudlah selambak eye bag bawah mata. Jadi, bagi mengelakkan korang nampak macam zombie bergerak, silalah pakai concealer. Guna jari korang untuk tekan dan ratakan dekat bahagian bawah mata.

via GIPHY

Compact powder/ looser powder

Cari bedak yang tekstur lebih ringan dan lembut macam dengan SILKYGIRL No-Pore Blur Powder. Selain buat kulit wajah korang nampak natural, ia juga boleh bantu untuk serap minyak berlebihan dekat kulit korang. Nak pakai bedak pun jangan main tibai je, sila gunakan span puff atau berus makeup ya kawan-kawan.

BACA:Apa nak buat bila mak mertua korang sejenis toksik?

via GIPHY

Serikan pipi dengan blusher

Ini bahagian penting untuk menampakkan wajah korang alahai ayunya cik mek molek. Silap haribulan bakal mak mertua terus berkenan dekat korang dan taja terus perkahwinan korang. Gitu! Carilah yang halus dan dapat melekat lama dekat pipi korang. Warna delicate peach dari blusher koleksi SILKYGIRL Limited Edition Blossom sesuai untuk orang kulit hitam manis. Pretty pink pula sesuai sangat untuk yang berkulit putih.

via GIPHY

Gincu!

Penting sangat ya peranan gincu ini kawan-kawan. Carilah yang janis matte untuk kelihatan lebih natural. Biasanya orang akan go for Matte Junkie Lip Cream sebab harga pun murah dan gincu korang akan tahan lama. Alah, barang-barnag korang beli kat Shopee. Sekarang semua benda online.

Tada! simple je kan make up ini. Tak payah nak kenakan banyak sangat produk dekat wajah korang. Zas! terus korang nampak ayu begini. Lepas itu korang padankan pula dengan warna yang lembut alahai, betul-betul macam gadis Melayu terkahir. Semoga berjaya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my