D-Life

Ini cara nak ‘detect fake account’ dekat Twitter!

Oleh  | 

PERNAH tak korang rimas entah mana-mana akaun follow korang dekat Twitter. Tak sure la kalau itu akaun stalker yang dicipta untuk sengaja apa yang korang buat seharian. Memang tak ada siapa pun yang rajin nak pergi check senarai follower satu per satu dekat Twitter. Lainlah kalau follower korang 5 orang.

Jadi, eloklah korang lakukan pembersihan beramai-ramai Twitter korang dan buang semua fake account dengan sekelip mata. Supaya lepas ni bolehlah korang fokus untuk tambah kawan yang boleh memberi manfaat di media sosial dan bukannya akaun palsu yang merepek tu.

Twitter Audit

Korang hanya memerlukan tenaga untuk menaip twitteraudit.com di browser korang. Bila dah keluar macam ni, korang taip je nama Twitter korang.

Ha, nanti dia akan bagitahu la kalau-kalau ada orang fake follow. Tapi kalau macam sis ni, chill je. Sebab tak ada fake account. Maklumlah tak famous mana. Gitu!

CircleBoom

Ada juga apps yang korang kena bayar dulu untuk tahu. Kalau korang okay nak bayar, apa kata korang guna CircleBoom yang boleh menganalisis akau korang. Dia akan menapis dan menganalisis keseluruhan Twitter dan memberikan gambaran keseluruhan statistik.

Apps ini juga akan memberikan korang akaun yang tak tweet apa-apa sejak sebulan lalu. Jadi, korang boleh tahulah siapa kawan-kawan korang yang tak aktif itu.

Baiklah! Itu sahaja yang sis boleh kongsikan kepada korang semua. Kalau korang dah rimas dan serabut sangat sebab banyak sangat entah akaun sesiapa yang follow korang. Bolehlah guna teknik yang sis kongsikan ini tau. Good luck!

Sumber: Thenextweb

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my