DhiaLova

Ini cara paling ‘win’ untuk memenangi hati ibu pasangan!

Oleh  | 

SEBELUM berkahwin biasanya kita akan melalui beberapa proses. Berjumpa bakal ibu mertua merupakan satu proses yang penting untuk kita hadapi dan pass dalam perhubungan. Biasa lah kalau pertama kali nak jumpa bakal mak mertua mesti kita akan nervous teruk!

Chill girls. Jangan terlampau risaukan perkara ini. Takut nanti kita akan lebih gugup dan nampak tak meyakinkan bila berhadapan dengan bakal ibu mertua kita. First impression tu penting tau sebab ini sedikit sebanyak mencerminkan siapa diri kita. Korang kena bijak untuk hadapi situasi ni. Jangan sampai bakal ibu mertua kita ada persepsi negatif pada kita. Beware!

Jom kita go through tips yang Dhia nak share untuk korang prepare sebelum berjumpa dengan bakal ibu mertua korang. Take note!

1. Ambil tahu dan study tentang bakal ibu mertua

Korang kena kaji sikit tentang bakal ibu mertua korang melalui pasangan korang. Ambil tahu apa yang dia suka lakukan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka dan ciri-ciri wanita yang mereka suka. At least bila berjumpa untuk pertama kali ada juga topik untuk dibualkan dan nampak lebih ramah dan mesra.

2. Ringankan tulang

Ringankan tulang sekiranya korang nampak bakal ibu mertua korang memerlukan bantuan. Contohnya ketika dia sedang berada di dapur. Rajin-rajinkan diri untuk membantu mereka. Jangan pula korang duduk diam je. Bantu mereka dengan rela hati. Benda ni boleh buat bakal ibu mertua melihat korang sebagai seorang perempuan yang rajin, boleh diharap sekali gus menjadi menantu material.

3. Berpakaian sopan

Ini rules yang paling penting untuk korang tekankan! Memang betul tak perlu jadi hipokrit untuk orang lain. Ini bukan soal hipokrit atau tidak menjadi diri sendiri. Dalam situasi ini korang perlu menghormati bakal ibu mertua korang sebagai orang yang lebih berusia dengan menjaga pemakaian korang. Bukan apa, benda ni pun sebenarnya untuk menjaga reputasi korang juga bagi melancarkan proses suai kenal bersama bakal ibu mertua.

4. Jaga percakapan

Jaga intonasi suara dan percakapan ketika korang berbual dengan bakal ibu mertua. Pastikan apa yang korang cakap tidak mengguriskan hati untuk mengelakkan diri daripada di reject. Jika bakal ibu mertua korang seorang yang pendiam, ringan-ringankanlah mulut untuk memulakan perbualan. Mulakan dengan bertanyakan latar belakangnya atau ceritakan latar belakang korang.

5. Jangan lupa untuk memuji

Ha, yang ini memang bonus kalau korang pandai buat! Tapi nak memuji pun kena bertempat juga. Contohnya, korang boleh puji tentang masakan, pakaian, ataupun susun atur rumah yang kemas. Tapi awas, jangan terlebih-lebih memuji takut nampak macam membodek pula nanti.

6. Berikan buah tangan 

Jika korang nak letak effort lebih sikit untuk memenangi hati bakal ibu mertua, berikan buah tangan atau hadiah sebagai tanda menghargai mereka. Lagi-lagi belikan sesuatu ketika ulang tahun dia. Sebaiknya korang kena tanya pasangan korang tentang perkara favourite ibu mereka. Baru boleh decide untuk belikan sesuatu.

So dah ada idea dah macam mana nak ambil hati bakal ibu mertua korang? Kena letak effort yang tinggi untuk memenangi hati dia dulu. Kalau bakal ibu mertua dah approve baru la boleh fikir next step kan? Jadi, selamat mecuba ladies!

Sumber: https://www.pesonapengantin.my/

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my