D-Life

Tahulah ‘couple’ tak lama, takkan bra pun nasib sama!

Oleh  | 

KITA sebagai wanita pasti pernah terfikir sebenarnya berapa lama tempoh yang sesuai untuk pakai satu bra sebelum dicuci ataupun perlu ke terus cuci bra kita selepas digunakan seharian? Sebenarnya boleh je pakai bra dalam tempoh yang lama tapi kita kena tahu cara penjagaan dengan betul. Kali ini sis nak share pada korang cara penjagaan bra yang betul supaya korang boleh pakai bra korang dalam tempoh yang lama. Check it out!

Cuci bra dengan tangan

Image result for washing bra

 

Mencuci bra dengan menggunakan tangan sebenarnya lebih bersih berbanding menggunakan mesin. Jika kita cuci bra kita menggunakan tangan,  kita boleh cuci bra kita dengan lebih teliti. Selain itu, mencuci bra dengan menggunakan tangan juga boleh membantu mengekalkan struktur bra.

Jangan gunakan peluntur

Image result for bleach peluntur

Ingat ye, jangan sesekali menggunakan peluntur untuk mencuci bra korang. Peluntur boleh merosakkan tali dan warna bra. Sebaiknya guna sabun badan sahaja supaya bra korang tidak mudah rosak.

Cuci dengan menggunakan air sejuk

Image result for wash water bra

 

Mencuci bra dengan menggunakan air sejuk boleh membantu menjaga struktur bra kita. Jadi jangan sesekali menggunakan air panas atau air suam untuk cuci bra tau.

Jemur di bawah matahari

Image result for drying bra

Jangan keringkan bra dengan menggunakan pengering ataupun spin kerana ianya akan merosakkan bra kita. Sebaiknya cuci dengan menggunakan dan terus jemur di bawah matahari okay. 

Simpan bra di tempat yang betul

Image result for drawer bra

Jangan simpan bra korang di tempat yang sama korang simpan baju korang. Sebaiknya, simpan bra di tempat asing supaya bra kita terjaga. Apa yang penting jangan sepah bra merata-rata ye.

Ini cara-cara yang sis kongsikan untuk korang jaga bra korang supaya boleh tahan lama. Benda boleh jaga elok-elok buat apa beli baru kan? Gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my