Be-You-Ty

Ini cara pilih beg tangan yang sesuai dengan size badan

Oleh  | 

SITUASI ini sering berlaku pada korang tak? Bila dah siap cantik-cantik nak keluar tiba-tiba dilemma pulak tak tahu nak pilih beg tangan yang sesuai. Pilih yang besar tak kena, pilih yang kecik pun tak kena. Jadi yang mana satu yang bersesuaian?

Jadi, sebagai gadis yang trendy kita haruslah bijak dalam memilih beg tangan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis dan bentuk beg tangan yang ada sekarang ini. Korang perlu tahu beberapa ciri yang sesuai dengan fizikal korang.

via GIPHY

Artikel kali ini, sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak pilih beg tangan yang bersesuaian mengikut saiz badan kita.

Kenali bentuk badan anda

Kenalpasti dulu jenis bentuk badan korang tu. Seperti yang kita tahu, bentuk badan perempuan ada beberapa jenis iaitu berbentuk seperti buah pear, rectangle, hourglass dan inverted triangle.

Segitiga terbalik

Kalau korang mempunyai bentuk badan seperti segitiga terbalik, korang sesuai untuk memakai beg silang, belt bags, beg tangan bertali panjang atau pun clutches. Ini akan mengimbangi bentuk saiz badan supaya bahagian atas itu tidak kelihatan terlalu besar atau lebar.

Foto:Brightside.me

Berbentuk segi empat tepat

Jika korang mempunyai bentuk badan seperti segi empat tepat, korang sesuai untuk memakai jenis bag yang bersaiz besar dan labuh. Seperti beg tangan satchel, tote bags atau hobo bags.

How to Choose the Perfect Bag for Your Body Type

Foto:Brightside.me

Berbentuk buah pear

Beg tangan yang sesuai untuk badan berbentuk buah pear adalah shoulder bags, bucket bags atau ”fanny pack’ yang dipakai melintang atas dada.

Foto:Brightside.me

 

Sumber:Brightside.me

 

Gunakan kod  HELLONEW untuk mendapatkan 40% off di Ann Taylor.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my