D-Life

Ini cara terbaik untuk tidak menangis semasa potong bawang!

Oleh  | 

BAWANG sememangnya menjadi ramuan masakan terpenting yang wajib ada di dapur kita. Rasanya masakan kita tak akan lengkap dengan bawang. Mana ada masakan yang tidak mempunyai bawang kan?

Foto: Iluminasi

Bercakap pasal bawang, sis percaya semua orang yang pernah potong bawang mesti akan pernah menangis kan? Ini memang perkara yang tidak boleh kita elak semasa memasak tapi sebenarnya ada je cara untuk tidak menangis semasa potong bawang. Nak tahu tak macam mana? Meh sis kongsi dekat korang. Lepasni dah takde drama bawang kat dapur lagi!

Sapu air perahan lemon pada pisau

Image result for lemon and onion

Antara cara-cara untuk mengelak daripada menangis semasa memotong bawang adalah dengan menyapu air perahan lemon pada pisau. Cara ini dipercayai mampu mengurangkan risiko senyawa pada bawang dan boleh mengelakkan mata kita berasa pedih semasa memotong bawang.

Rendam bawang semalaman

Image result for onion and water

Ini merupakan petua orang-orang tua zaman dahulu. Kalau taknak mata korang rasa pedih semasa potong bawang,  rendam bawang semalaman sebelum dipotong. Ta[pi sebelum rendam, korang perlu potong bahagian hujung bawang di bahagian atas dan bawah ye. Sis pernah cuba cara ni. So far memang berkesan!

Letak garam berdekatan dengan kita

Image result for onion and salt

Sewaktu memotong bawang, ambil garam dan letakkan garam berdekatan dengan kita. Garam dipercayai berfungsi untuk menyerap wap bawang yang keluar semasa dipotong. So, bila wap bawang diserap kemungkinan untuk mata korang pedih akan berkurang!

Kunyah gula-gula getah semasa potong bawang

Related image

Sebenarnya sambil-sambil potong bawang, korang boleh kunyah gula-gula getah untuk mengelakkan mata korang pedih. Mengunyah gula-gula getah menjadikan otot korang bergerak dengan baik sekaligus dapat menurunkan risiko mata pedih semasa memotong bawang.

So lepas dah tahu petua-petua ini boleh lah korang pratikkan di rumah. Dah takde alasan untuk malas masak lepasni tau! Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my