Be-You-Ty

Ini cara untuk merawat kulit tangan menggelupas!

Oleh  | 

MASALAH kulit kering bukan hanya melanda pada wajah. Namun, tangan kita juga turut terkecuali. Sis faham apabila kita perempuan ni kadang-kadang kalau tiba waktu kenduri atau keluarga mengadakan majlis ke apa, sudah semestinya korang membantu dalam melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Kulit tangan dah lah kering, menggelupas pulak! Alahai macam mana nak buat ni? Ish dah lah tangan kering lepas tu susah pulak nak hilang!

via GIPHY

Ha, meh sini baca tips yang sis nak belanja dekat korang untuk tangani masalah tangan kering tu.

Minyak Bijan

Korang cuba dapatkan minyak bijan dan perkara pertama korang kena buat sebelum korang  sapu minyak tu adalah, bersihkan dahulu bahagian kulit yang menggelupas tu dengan air.

Lepas korang sapu minyak pada bahagian kulit yang kering tu, biarkan ia meresap selama satu jam sebelum korang bilas dengan air. Minyak bijan ni bagus sebab memunyai vitamin E dan beberapa bahan yang lain yang dapat membantu melembapkan kulit.

Uncang Teh

Korang boleh gunakkan uncang teh untuk merawat kulit yang terjejas tu. Serbuk teh sebenarnya mengandungi katekin yang boleh membantu meransangkan sel-sel kulit baru.

Caranya adalah uncang teh tersebut di basahkan terlebih dahulu kemudian di letakkan pada kulit sehingga ia meresap ke dalam kulit.

Krim pelembap kulit

Amalkan penggunaan losyen khas untuk tangan atau krim pelembap yang kerap bagi membantu mengurangkan masalah tangan kering dan menggelupas tu. Pastikan itu jadi amalan untuk kekalkan kesihatan kulit.

Krim antibakteria

Selalunya masalah kulit ni berkaitan dengan jangkitan bakteria. Kebiasaanya kulit menggelupas akibat bakteria yang sukar untuk diatasi dengan krim biasa. Jadi pastikan korang dapat krim yang bersesuaian untuk merawat masalah kulit menggelupas tu.

Jadi, lepas ni cuci pinggan banyak-banyak pun takpe. Sebab dah ada penyelesaian untuk kulit mengelupas!

 

Sumber:Harian Metro

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Siapa kata pakai tudung rambut tak payah jaga? Ini untu kamu gadis berhijab!

Muka berminyak macam nak goreng ikan? Ini tips kawal minyak di muka

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my