D-Life

Ini cerita yang korang wajib tengok sebelum Oktober berakhir!

Oleh  | 

SEBAGAI seorang perempuan yang tak membosankan, kita mestilah nak tengok cerita yang bagus untuk menceriakan hari kita. Siapa setuju kalau sis cakap drama dan filem sebenarnya boleh buat kita lari sekejap dari kehidupan yang kadang-kadang tak seindah yang disangka?

Menonton cerita juga boleh menjadi aktiviti hujung minggu kalau lepak dengan kawan-kawan. Jadi, ini senarai filem dan drama yang korang boleh tengok sepanjang Oktober ini!

Sara Sajeeda

Kalau korang baru balik kerja dan tak tahu nak layan cerita apa. Ha, boleh buka TV3 sebab mereka ada tayangkan drama baru bertajuk Sara Sajeeda yang bermula 3 Oktober lalu. Cerita Sara Sajeeda ni tentang seorang pensyarah yang ingin mencari calon pilihan hatinya sendiri.  Pergh, dia siap jatuh cinta dengan orang Pakistan pula. Cerita ini dilakonkan oleh selebriti terkenal macam Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad dan Alif Muhaimin. Boleh tengok cerita ni setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang.

Cinta Koko Coklat

Siapa nak tengok Aqasha berlakon? Ha, bermula 7 Oktober ini akan ada drama baru tau bertajuk Cinta Koko Coklat. Ha, ini cerita tentang seorang pengerusi coklat bernama Damia yang diselamatkan oleh seorang lelaki iaitu Haikal dari percubaan culik. Masing-masing memang hebat dalam bab perlumbaan litar jadi adalah scene lumba litar  semua. Pelakon pun memang mantap macam Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail dan Mimi Lana.

Joker

Ini filem wajib tonton sepanjang Oktober ini. OMG! Yes best gila. Tentang seorang lelaki yang mempunyai penyakit mental yang ingin menjadi seorang pelawak. Namun pelbagai siri kekecewaan dilalui Joker membuatkannya memberontak dan menjadi penjenayah.

Nah boleh baca dekat sini: Joker: Mungkinkah setiap penjenayah adalah orang baik yang terluka?

Gemini Man

Filem yang ada Will Smith memang wajib tonton ya kawan-kawan. Dia tak pernah mengecewakan. Gemini Man menyaksikan dua orang Will Smith versi muda dan tua yang ingin bersara daripada kerjayanya sebagai pembunuh upahan. Lagi mengujakan apabila orang yang diburu adalah dirinya sewaktu muda. Memang gempak!

The Laundromat

Bakal menjengah Oktober ini siri baru di Netflix. Cerita ini mengisahkan dengan kes duit dekat Panama. Pengarah filem ini pun bukan calang-calang tau. Steven Sodheberg pernah menghasilkan banyak filem Hollywood sebelum ini. Antara pelakon besar untuk filem ini ialah Meryl Streep, Gary Oldman, dan Antonio Banderas.

Okey geng, jangan lupa tengok yang sis dah senaraikan Oktober ini tau. Kalau korang ada cadangan filem lain, meh roger sis.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my