SuperDeals

Ini ciri-ciri orang dungu, adakah korang pun tergolong?

Oleh  | 

Dalam hidup ini, korang bakal berjumpa dengan banyak jenis orang dalam dunia ini. Ia termasuklah dari segi kepintaran orang. Tapi nak ukur kepintaran pun bukan mudah. Ada orang yang nampak gah bila tengok keputusan peperiksaan. Namun bila sampai kepada penyelesaian masalah, habis hancur lebur semuanya.

Oleh sebab susah kita nak tengok kepintaran, jadi mari kita sembang tentang kedunguan. Ini kerana, ada beberapa ciri yang menunjukkan seseorang itu sebenarnya telah tergolong ke dalam lembah kedunguan dan bakal menyusahkan semua orang.

Mari sis perkenalkan ciri-cirinya.

Salah sendiri tapi tuduh orang lain

Ini ciri pertama orang dungu yang semestinya orang-orang cerdik tak akan buat. Orang dungu tak suka bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan. Jadi, apa yang dilakukan ialah meletakkan beban kesalahan dekat orang lain. Jadi, kalau korang dah mula tunding jaring dekat orang lain, itu menandakan korang tak berani untuk jujur dengan diri sendiri. Orang cerdik akan jadikan setiap kesalahan sebagai jalan untuk menjadi lebih baik.

via GIPHY

Semua nak betul

Orang cerdik akan faham setiap perkara boleh dibawa berbincang dan bersedia untuk memahami sesuatu hujah yang diberikan kepada orang lain. Mereka akan mendengar terlebih dahulu pendapat orang lain. Ini kerana orang cerdik selalu berfikiran terbuka untuk menerima informasi baru. Namun, mereka yang dungu selalu rasa pendapatnya sahaja yang betul dan mereka yang ada pendapat berbeza dikira sebagai musuh.

Setiap konflik diselesaikan dengan marah dan mengamuk

Orang cerdik ini tak mudah melenting tau. Tapi orang dungu lain pula, bila dia rasa dia tak dapat nak kawal keadaan, jadi dia akan guna kekasaran untuk berada selamat. Sebab itu mereka yang tak dapat mengawal emosi selalunya mempunyai IQ-score yang rendah.

via GIPHY

Abaikan perasaan orang lain

Mereka yang cerdik dan bijak boleh berasa empati terhadap perasaam orang lain. Mereka yang mempunyai IQ yang tinggi selalu memberi dan menderma tanpa berharap mendapat apa-apa sebagai balasan.

Dia lebih baik dari semua orang

Tak salah untuk kita rasa diri kita baik, tapi benda akan jadi sebaliknya kalau kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Untuk menampakkan mereka baik, habis dijajanya keburukan orang lain dan yakinkan dekat orang lain yang orang lain semuanya tak baik. Hanya dirinya saja yang baik. Sebab itu bukan main laju sahaja dia mengata dan judge orang lain.

via GIPHY

Agak-agak korang  ada tak kenal sesiapa yang berperangai macam ini? Bawa-bawalah saling menasihati atau abaikan sahaja supaya dia sedap silap dia.

Oh ya kalau korang nak hantar adik korang pergi kelas matematik, klik sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my