D-Life

5 Tip deko minimal paling ‘onz’ untuk kediaman anda

Oleh  | 

TIADA apa yang lebih menenangkan selain ruang yang lapang dan tidak serabut. Tetapi bagaimana mahu menjadikan ruang kamu yang minimal untuk kekal menarik dan cantik?

Meskipun sains membuktikan orang yang messy lebih bijak dan kreatif, tetapi kajian juga menunjukkan wanita yang hidup di dalam ruang yang bersepah dan tidak terurus cenderung untuk menerima hormon ‘cortisol stress’ dengan kadar yang tinggi.

Ramai yang kini beralih kepada pendekatan minimalis dalam dekorasi ruang. Namun, seperti juga trend ‘no-makeup makeup’, deko minimalis juga tidak semudah yang disangka. Ini dia beberapa tips, jika kamu mahu mulakan deko sederhana tanpa ‘ropol’ yang berlebihan.

 

Kemaskan ruang kamu yang messy

FOTO: Fantastic Frank

Lihat sekeliling, apa yang kamu nampak? Kadang-kadang kita menghimpun banyak benda yang tidak perlu atau tidak begitu penting dalam hidup. Jika ingin jadi minimalis sejati, kemaskan apa-apa yang bersepah, buang item yang anda tidak gunakan lagi dan perbanyakkan ruang kosong.

 

Warna asas memainkan peranan

FOTO: Kristofer Johnson 

Perasan atau tidak, gaya minimal selalunya menggunakan elemen warna asas seperti putih, kelabu dan greige. Warna-warna ini selain tampak moden, segar dan bersih, jika dibantu dengan pencahayaan yang tepat akan menyerlahkan sesuatu ruang di dalam rumah.

 

Kualiti dahulu, kuantiti kemudian

FOTO: Sharyn Cairns

Minimalis perlu bijak bermain dengan jumlah perabot dan dekorasi yang sedikit. Minimalis juga perlu seimbangkan warna perabot dengan warna latar dinding. Tipsnya, tekal dalam satu tona sahaja dengan tekstur berbeza!

 

One in, one out

FOTO: Liljencrantz Design

Ini falsafah penting seorang minimalis. Satu masuk, satu keluar. Ini bermakna jika ada satu barangan seperti perabot atau deko yang masuk dalam ruang rumah kamu, satu yang sedia ada harus kamu lepaskan. Jika kamu beli pot bunga baru, alas meja harus kamu lepaskan, misalnya.

 

Kekal sederhana

FOTO: Alyssa Rosenheck

 

Jika kamu sudah mula mengaplikasi minimalisme dalam dekorasi rumah kamu, pesan kami, kekal sederhana. Sentiasa ingat bahawa ‘less is more’. Buang dalam kepala fikiran bahawa deko minimal sesuatu yang membosankan, kerana dengan pemilihan yang tepat, deko minimal juga boleh mencantikkan dan meingindahkan ruang.

 

 

Sumber: House Method

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my