Serious?!

Ini dia Top 5 perempuan paling cantik di Asia tahun 2019!

Oleh  | 

BARU-BARU ini TCCAsia sudah pun mendedahkan senarai 100 wanita paling cantik di Asia. Nampaknya ahli kumpulan terkenal Korea iaiti Lisa daripada Blackpink telah pun dipilih menduduki carta pertama dalam kajian berkenaan.

Bukan itu sahaja, semua ahli kumpulan tersebut sebenarnya telah tercalon dalam kajian berkenaan. Wah, betul-betul cantik ahli kumpulan mereka ini ya. Jadi, dalam artikel ini sis nak kongsikan siapakah antara top 5 wajah yang dikatakan paling cantik di Asia untuk tahun ini.

Jom kita tengok!

Lisa

Bukan sahaja cantik, dia juga berkebolehan untuk nyanyi dan rap dengan baik sekali. Kalau korang nak tahu, Lisa ini berasal dari Thailand dan merupakan ahli paling muda dalam group Blackpink.

Sakura Miyawaki

Menduduki carta kedua ialah ahli kumpulan yang terkenal di Jepun iaitu AKB48 dan HKT48. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjadi salah satu trainee dalam kumpulan I.O.I di Korea.

Jennie

Satu lagi ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie juga tersenarai di tempat ketiga perempuan paling cantik di Asia. Gadis yang dibesarkan di New Zealand ini adalah trainee paling lama kalau nak dibandingkan dengan ahli Blackpink yang lain.

Angelababy

Seterusnya ialah model cantik dari China. Bukan calang-calang tau, dia pernah menghiasi majalah fesyen terkemuka bersama dengan selebriti hebat seperti Deepika Padukone. Ada juga yang menggelar model ini sebagai  Kim Kadarshian dari China.

Sui He

OMG! siapa yang tak terpaku pandang model dari China ini. Dia antara model yang pernah menyarungkan pakaian dalam terkenal dunia iaitu Victoria Secret. Bukan calang-calang orang yang pernah berjalan di fashion show ini tau.

Jadi, demikianlah antara senarai perempuan tercantik untuk tahun ini. Korang rasa macam mana? setuju tak dengan senarai ini?

Sumber: straitstimes

 

Hello cake lover! Tengah mencari kek untuk majlis hari jadi, perayaan atau acara korporat? Eat Cake Today kan ada. Apa yang korang perlu buat hanyalah membuat pesanan di sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my