D-Life

Ini ‘Expectation Vs Reality’ hidup dekat universiti

Oleh  | 

ZAMAN kampus adalah masa paling seronok untuk semua orang. Yelah, kita dah la muda lepas tu baru dapat kebebasan. Maklumlah  lepas habis sekolah, kan? Memandangkan sekarang ini zaman minggu orentasi. Mesti korang berdebar-debar nak tahu macam agaknya keadaan dekat universiti nanti, kan? Jadi, meh sis roger apakah antara expectation dan realiti yang mungkin tak seperti apa yang korang bayangkan.

Tak ada orang malas

Sebelum masuk kampus mesti korang rasa tak akan ada orang malas. Semuanya rajin gila ke perpustakaan dan habiskan masa membaca dan berbual ilmiah. Hello! kategori orang macam ni memang ada. Tapi ciput saja. Selebihnya mulalah pemalas kaki ponteng kelas lepas tu upah kawan tolong sign kedatangan. Choi! Kalau korang malang, jumpalah kaki menumpang buat assignment dan hanya muncul bila nak submit kerja sahaja.

via GIPHY

Semua suka membaca

Ha, ini logik yang memang sis selalu fikirkan. Tapi rupanya bila korang  dah masuk kampus, tak semua orang macam itu. Akan ada kawan-kawan korang yang memang pemalas sangat dan harapkan korang khatam semua bab dan ringkaskan dekat diorang segala perkara penting pada malam sebelum exam.

Housemate baik

Mestilah kita harapkan berjumpa kawan-kawan yang ajak kita ke arah kebaikkan. Lepas tu belajar sama-sama. Kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa sahabat sejati dunia dan akhirat. Tapi ingat, tak semua orang baik. Jangan terikut-ikut kalau kawan korang ajak buat benda tak baik. Kena pandai jaga diri. Jangan mengmpat orang dekat belakang dan jangan berada di sekeliling orang yang suka mengumpat ni. Keadaan dan suasana yang toksik tak akan buat korang berjaya.

Pensyarah tak ada drama

Kalau korang rasa pensyarah dekat kampus akan selalu garang dan pakai cermin mata besar. Sebenarnya tak semua macam itu. Pensyarah pun manusia juga. Jadi kadangkala ada perangai tertentu mengikut cara mereka masing-masing. Ada yang suka rapat dengan pelajar dan buat kita rasa selesa nak berbual apa sahaja. Ada juga pensyarah yang garang dan suka marah tak tentu fasal.

Cinta sejati dekat kampus

Kalau korang rasa cinta sejati akan korang temui dekat kampus sebab korang berselisih bahu atau tertukar buku. Benda macam itu mungkin akan terjadi kalau korang bernasib baik. Tapi ada juga yang hanya menemui cinta yang dicurangi waktu zaman kampus ini. Jadi, berhati-hatilah tau. Sebab sakit patah hati ni lain macam. Boleh buat korang tak lalu makan dan kurus serta merta.

Curfew

Ha, jangan ingat dah besar ni korang tak ada curfew. Walaupun mak ayah korang jauh di mata tak tahu korang balik kolej kediaman pukul berapa. Tapi pak guard sentiasa tahu korang baik bila. Ada universiti yang buat curfew hour dekat pelajar masing-masing. Korang kena balik sebelum pukul 12 atau sebelum jam 11. Kalau tidak, terpaksalah korang tidur dekat kaki lima mana-mana.

Orait, itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Apapun, pengalaman masing-masing tak sama. Boleh jadi apa yang korang jangkakan semuanya benar akan terjadi. Tapi yang penting kita kena pandai bawa diri. Muda ini hanya sekali jadi isilah dengan benda yang membanggakan korang. Okeylah, sis nak ucapkan selamat menikmati zaman kampus. Enjoy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my