Serious?!

Ini hukuman untuk lelaki yang curang. Wanita ini telah membunuh lebih 38 orang lelaki

Oleh  | 

LELAKI curang merupakan mangsa-mangsa yang dibunuh oleh seorang wanita yang bernama Vera Renzci. Beliau mengaku telah membunuh seramai 38 orang lelaki yang pernah menjadi kekasihnya.

Vera menggunakan teknik membunuh dengan memberikan racun kepada semua mangsanya dan ia bertujuan untuk membunuh. Wanita ini dikatakan mempunyai sifat cemburu yang tinggi dan tidak dapat dikawal.

 

Pembunuhan pertamanya bermula dengan suaminya sendiri. Ketika Vera berumur seawal 20-an apabila dia mengesyaki suaminya curang dan Vera telah meracun makan malam suaminya.

Vera memberitahu keluarga dan rakan-rakannya bahawa suaminya meninggalkan dirinya dan seorang anak lelaki mereka. Setelah setahun ‘bersedih’ Vera memberitahu bahawa dia mendengar berita mengenai suaminya yang kononnya beliau telah terlibat dalam kemalangan maut.

Setelah beberapa tahun berlalu, Vera Renczi berkahwin dengan seorang lelaki dan mereka dipercayai mempunyai hubungan yang tidak berapa baik dan hanya beberapa bulan sahaja, suaminya ‘hilang’ dan Vera memberitahu yang dia ditinggalkan oleh lelaki tersebut.

Pembunuhan yang seterusnya berlaku dengan menggunakan konsep yang sama iaitu racun arsenic dalam makanan dan penipuan bahawa dia telah ditinggalkan buat selamanya.

Motif pembunuhan adalah cemburu semata-mata. Vera juga mengaku bahawa dia telah membunuh anak lelakinya sendiri apabila anak lelakinya itu yang bernama Lorenzo mengetahui di dalam wine cellar di rumah mereka terdapat 32 keranda yang berisi mayat-mayat yang kononya dikatakan hilang itu.

Pembunuh bersiri ini berakhir apabila ditangkap oleh pihak polis di mana ia dapat mengesan kehilangan salah seorang mangsa yang membawa petunjuk kepada tempat tinggal Vera Renczi.

Pada pendapat korang la kan kalau ye pun dicurangi oleh lelaki, patut ke sampai melakukan sebegitu rupa? Sis harap korang dapat menimba ilmu  true story yang sis kongsikan dekat korang ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my