D-Life

Ini jenis denda kesukaan cikgu korang masa zaman sekolah. Ah, rindunya…

Oleh  | 

KALAU dah masuk hari guru ini, cepat betul kita terbayang waktu zaman sekolah dulu. Masing-masing punyalah nakal sampai cikgu berbuih mulut beri nasihat. Tapi tetap tak jalan. Alamatnya, terpaksalah cikgu-cikgu ini guna denda supaya kita semua insaf.

Jom kita throwback sikit apa dia agaknya jenis denda yang cikgu-cikgu kita guna supaya anak didiknya menjadi manusia berguna di masa depan. Ayuh!

Bayar 50 sen

Kalau dulu, RM 0.50 rasa macam RM 50! Punyalah banyak untuk dipersiakan. Tapi kalau korang datang lambat, tak pakai lencana atau kuku panjang, biasanya korang pun akan kena denda RM 0.50 atas kecuaian dan kelalaian korang. Maka, korang pun terpaksalah beliair warna warni je lah masa rehat sebab tak cukup duit nak beli nasi lemak atau nugget.

Berdiri atas kerusi

Okey rasanya korang semua pernah rasa benda ini. Ini adalah teknik paling ampuh yang digunakan para guru kalau korang tak siap kerja sekolah. Ini juga trick paling popular cikgu sekolah kalau korang tak dapat jawab soalan dia waktu mengajar disebabkan korang asyik termenung memikirkan wajah crush kelas sebelah. Oppss!

Denda tulis berulang

Dalam banyak-banyak denda, denda yang ini memang sis malas nak buat kalau kena. Mana taknya, korang kena tulis satu ayat tu berulang kali sama ada “Saya salah, maafkan saya”. Kadang-kadang itu sampai seratus. Lenguh tangan sis dibuatnya. Lepas tu kena pula buku tulis kita itu dah nak habis. Terpaksalah beli baru. Bukan sekolah rendah je sis pernah kena benda ni, masa zaman sekolah menengah pun sama tau. Ya, ampun kena buat karangan 3 muka surat gara-gara datang lambat. Aduh, malas betul.

Ketuk ketampi

Okey ini win. Biasanya jalan itik budak lelaki sahaja yang kena. Perempuan pula kena ketuk ketampi. Denda ini biasa cikgu buat kalau budak kelas korang memekak sampai sekolah sebelah pun boleh dengar atau kelas korang bersepah dan kotor mengalahkan tandas.

Rotan/ pembaris kayu

Ini paling menakutkan. Boleh menggigil dan telan air liur kalau cikgu sekolah korang bawa rotan ini. Silap-silap dia tibai tangan korang dengan pembaris kayu kalau korang tak siap kerja sekolah atau kantoi fly panjat pagar sekolah.

Aduh, kelakar betul zaman sekolah dulu. Nakal betul. Sebenarnya banyak lagi denda yang cikgu sekolah buat dekat kita. Kalau korang ada pengalaman yang sama, apa kata korang share dengan kitorang.

Oh ya, sekarang ini dah ada undang-undang baru. Ada beberapa denda yang tak boleh digunapakai dekat sekolah. Tapi sis bersyukur sebab kita adalah generasi yang pernah merasa semua denda ini. Kenangan beb!

Apapun, Dhia nak ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu dekat Malaysia ini. Tanpa cikgu, tidaklah kami menjadi manusia yang ‘helok’ seperti hari ini. Terima kasih cikgu, kerana anda jugalah kami disini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my