Serious?!

Ini kata Neelofa bila kerajaan umum cuti bersalin 90 hari…

Oleh  | 

BERMACAM-macam reaksi diperkatakan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan bakal memberikan 90 hari cuti bersalin kepada kaum wanita sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 beberapa hari lalu.

Pengasas beg dan kasut Christy Ng antara yang kurang berkenan jika ia dilaksanakan. Dalam satu temu bual Christy menyuarakan kegusarannya terhadap cuti 90 hari yang bakal menjejaskan ramai wanita untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan dan jawatan besar.

BACA: Good news! Ini hak yang anak muda kena tahu selepas Belanjawan 2020

“Situasi ini akan semakin terasa bagi syarikat yang dimiliki oleh usahawan kecil dan sederhana yang tak mampu nak uruskan perniagaan jika pekerjanya cuti selama tiga bulan,” katanya

Christy mencadangkan agar cuti paterniti yang dipanjangkan bagi kaum lelaki untuk sama-sama memikul tanggungjawab menjaga anak.

via GIPHY

Namun, berbeza pula dengan usahawan tudung, Neelofa yang bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memberikan cuti tiga bulan bagi menggantikan dua bulan cuti bersalin.

Menurut Neelofa, cuti bersalin 90 hari sangat signifikan kepada kaum ibu agar mereka boleh berehat dan kembali bekerja dengan kualiti kerja yang lebih baik selepas itu.

Nampaknya, Neelofa dan Christy Ng mempunyai persamaan apabila masing-masing bersetuju untuk memanjangkan juga cuti untuk suami bagi menemani isteri mereka sepanjang tempoh berpantang.

BACA::genggam trofi di Monaco!

Kedua-dua usahawan muda wanita ini ternyata mempunyai alasan dan sebab tertentu dalam memberi respon kepada apa yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020 tempoh hari. Perbezaan pandangan sebegini sangat baik bagi meraikan masyarakat yang berfikir.

Ha, korang rasa macam mana? Korang nak cuti panjang atau korang nak cuti suami korang panjang untuk teman korang sepanjang berpantang?

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my