Serious?!

Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Oleh  | 

“Aduh, aduh jangan, kau suka temberang”

WAH di saat begini lagu nyanyian Ayda Jebat itu memang sangat kena. Mana tidaknya, kecoh betul di media sosial apabila pelakon Aliff Aziz sekali lagi dipalit dengan kontroversi curang kepada isterinya yang bernama Bella Astillah.

Beracam-macam episod telah dilalui Bella Astillah demi mempertahankan rumah tangga yang dibinanya.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama cerita curang Aliff diperkatakan netizen. Berikut adalah kronologi kontroversi yang pernah melanda Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah.

Julai 2017

  • Pada Julai 2017, Bella ditemani ibunya telah pergi ke sebuah pusat karaoke sebaik sahaja menerima berita Aliff berada di sana bersama seorang perempuan lain iaitu Afifah Nasir
  • Mereka dikatakan rapat selepas membintangi sebuah drama bertajuk Izinkan Aku Mencintaimu
  • Bella pada ketika itu baru sahaja selesai pantang kerana melahirkan cahaya mata pertama mereka
  • Aliff Aziz ditahan oleh pihak polis selepas didakwa mengasari isterinya di pusat karaoke  di Taman Shamelin
  • Semasa di dalam lokap, Aliff mengakui hatinya dekat dengan Tuhan dan memohon diberi ruang untuk menghargai apa yang ada

FOTO: iluminasi.com

  • Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz kerana memberi peluang kepada Aliff untuk memegang tangannya
  • Bella telah menarik balik laporan polis yang dibuat ke atas Aliff. Bella mengakui insiden ini hanyalah berpunca daripada orang ketiga dan tidak berniat untuk bercerai dengan Aliff
  • Aliff minta maaf dan mengakui kesilapanya, Aliff telah tampil dan meminta maaf secara terbuka

FOTO: Instagram Bella

  • Bella bagaimanapun telah memaafkan kesilapan dan bersedia memberikan kepercayaan dan peluang baharu kepadanya
  • Aliff berjanji akan berubah dan tidak akan membuatkan kepercayaan yang diberikan oleh isterinya pudar
  • Bella berharap agar semua mendoakan kebahagiaannya bersama suami tercinta

Februari 2019

  • “It happened again” Bella spill the tea Aliff curang sekali lagi dibelakangnya
  • Seorang individu memberikan bukti Aliff dan Oktovia berada di sebuah kelab malam di Changkat

 

View this post on Instagram

 

Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah dah lah tu jaga je aliff dgn anak awak 🙂

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

  • Bella mengakui Aliff tiba-tiba berkelakuan pelik seperti meletakkan password di telefon sejak bergandingan dengan Oktovia dalam sebuah drama
  • Pelakon tersebut bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan Aliff hanya setakat kawan. Pelakon itu juga membela dirinya menerusi laman Insta stories meminta agar Bella tidak membuat kenyataan tanpa bukti dan meminta Bella menjaga air muka ayahnya
  • Bella bagaimanapun mengakui mempunyai bukti iaitu beberapa video menunjukkan kecurangannya. Dia turut mempertikaikan bagaimana hubungan sebagai kawan boleh membuatkan aktres itu keluar dengan suami orang sehingga jam 3 pagi
  • Aliff bagaimanapun tidak memberi komen mengenai isu ini namun meminta agar diberikan ruang untuk berbincang dengan keluarga terlebih dahulu
  • Bella mengakui sudah tawar hati dan reda dengan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia menganggap bahawa ujian ini adalah petunjuk yang diberikan Tuhan untuk tidak hidup di dalam penipuan
  • Aliff telah mengakui kesilapan dan berasa bersalah kepada isterinya. Dia sedang cuba untuk memperbaiki rumah tangganya

14 Mei 2019

    • Aliff Aziz sekali lagi dikaitkan dengan seorang gadis TikTok yang dikenali sebagai Nismell apabila gambar seksinya tular di media sosial. Gadis itu bagaimanapun mengakui bahawa lelaki itu ialah  Aliff Aziz.
    • Gadis berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengakui bertemui Aliff dalam sebuah private party.
    • Bella akhirnya mengambil keputusan untuk hidup tanpa Aliff demi anaknya.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum ✨ Thank you for your thoughts and opinions on my struggling marriage, it has not been easy at all, but I know some of you have good intentions for reaching out to me while some are just malicious for calling me out as being the biggest idiot in the world for trying to uphold my fallen marriage. . It has taken me everything, mentally and physically, to finally come to the decision that I will be moving on with my life without Aliff, if I want it to improve in any way at all for my son. . I would sincerely appreciate it if the public would stop sending me dms, calling, and messaging me to further talk and speculate on this issue. I’ve given you a piece of my mind, all I ask is that you respect my decision and give me some space while I go through these trying times. . Thank you from the bottom of my heart. . “Moving on with my little soldier. Thank you for all the support especially my family 🙏🏻” @bellagurdians

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

16 Mei 2019

  • Aliff Aziz dan Bella Astillah telah hadir ke mahkamah syariah. Aliff dan Bella sah bercerai dengan talak satu.
  • Bella turut mengakui mereka tidak mempunyai persefahaman dan sudah tidak tinggal sebumbung dalam tiga bulan terkahir.

 

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Mohamad Ayden Adrean.

Sumber: Metro, Gempak,  Berita Harian, Utusan,

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my