D-Life

Ini movies yang korang boleh layan bulan March 2020!

Oleh  | 

DENGAN kesibukkan isu yang berlaku di Malaysia, memang ramai yang diantara kita ini berada dalam banyak kerisauan dalam diri di mana kita sibuk memikir akan kes-kes serius yang berlaku seperti Coronavirus dan sebagainya. Belum lagi fikir pasal kerja lagi! Ha, mana tak stress dibuatnya kan?

Apa kata korang sibukkan diri dengan menonton movie! Ha bulan ini memang banyak filem-filem best yang keluar tau.

The Invisible Man (5 Mac 2020)

Kisah ini mengisahkan seorang wanita yang sering diganggu oleh ‘sesuatu’ yang bersifat halimunan!

A Quiet Place II (19 Mac)

Sebelum korang menonton A Quiet Place II pastikan korang tengok yang first sequel dulu okay.

Mulan (26 Mac)

Kisah dongeng lagenda yang memang jelas dinanti-nantikan oleh ramai orang adalah Mulan. Sis tak sabar nak tengok Mulan versi real life action ni.
Trolls World Tour (12 Mac)
Okay untuk korang yang takut nak layan horror tu jangan risau, korang boleh layan animasi comel ini!  Hiburkan hari korang dengan menonton animasi muzikal ini dan bila tengok trailer pulak, nampak pelbagai genre yang ada!
Bloodshot ( 12 Mac)
Untuk peminat Vin Diesel, ini kisah aksi beliau menjadi sesuatu yang cukup menakjubkan. Mungkinkah wataknya merupakan a killing machine? Atau seorang robot yang menentang sesuatu yang besar?

Bulan & Pria Terhebat (12 Mac)

Ini sis belanja sikit sebuah filem dari negara kita sendiri! Gandingan Maya Karin dan Zahirah Macwilson, chic fight gitu. Sis tengok trailer padat dengan aksi-aksi dan kalau tak silap Zahirah berbahasa Indonesia!

Pastikan korang lock the date!

Sumber: TheStar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my