DhiaLova

Ini mungkin sebab kenapa si dia tak suka lepak dengan kawan korang

Oleh  | 

KALAU korang memang dikelilingi orang ramai kawan, mestilah korang akan kenalkan siapakah kekasih korang kepada kawan korang, kan? Sis pasti korang sangat teruja tengok kekasih dan kawan-kawan korang boleh ngam dan bergurau senda. Tapi apa pula yang korang kena buat jika yang berlaku adalah sebaliknya? Dia tak suka ikut korang hang out dekat kawan-kawan. Lepas tu, korang pula serba salah nak pilih untuk luangkan masa dengan kekasih atau kawan baik sendiri.

Korang pun mulalah pelik. Sebab dia bukan tak suka kawan korang pun. Kalau jumpa boleh je sembang dan gelak ketawa. Tapi kenapalah dia berat hati kalau nak lepak ramai-ramai. Jangan mengamuk dulu. Mungkin ada beberapa alasan yang korang kena tahu kenapa agaknya dia berkelakuan begitu.

Nak biar korang lepak dengan kawan-kawan

Dia tahu yang korang juga perlukan ruang untuk bergembira dengan kawan-kawan tanpanya. Sebab dia tahu yang korang bukanlah selalu jumpa. Jadi, biarlah korang kongsikan masa dan berbagi cerita. Barulah ada quality time untuk throwback balik cerita-cerita lampau. Betul tak?

Tak suka ramai-ramai, lebih suka duduk berdua

Alasan lain ialah dia tak gemar untuk duduk beramai-ramai. Dia suka untuk meluangkan masa berdua sahaja dan berbincang empat mata dengan korang. Dengan itu, dia tahu yang korang akan meluangkan masa dan perhatian yang secukupnnya untuk dirinya sahaja.

Adalah tu yang dia tak berkenan

Mungkin dia nak jaga hati korang. Tapi sebenarnya adalah tu yang dia tak berapa nak berkenan dalam kalangan kawan korang tu. Mestilah dia tak berani nak berterus terang sebab dia tahu yang korang sangat sayang kawan-kawan korang dan tak nak korang rasa terkongkong.

Tak biasa, janggal

Boleh jadi juga kekasih korang tak biasa jumpa ramai-ramai dan tak berapa gemar keadaan yag bising. Korang pula memiliki personaliti yag gila-gila dan kelakar setiap kali berjumpa kawan-kawan. Dia tak biasa dengan keadaan seperti itu. Jadi, setiapkali berkumpul, dia akan pilih sudut paling hujung dekat ceruk bilik dan main telefon.

Inilah antara sebab yang sis boleh senaraikan untuk korang. Kalau korang nak tahu jawapan yang sebenar, jangan takut untukbertanya terus dengan kekasih korang dengan cara yang paling tenang dan bukannya dengan marah-marah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my