Serious?!

“Ini penghormatan terbesar,” Parasite menang Filem Antarabangsa Terbaik Oscar!

Oleh  | 

MENGEJUTKAN! Itulah perkataan yang tepat menggambarkan filem dari Korea Selatan, Parasite dinobatkan sebagai lakon layar terbaik di acara berprestij dunia Oscar 2020.

Kemenangan itu sememangnya menjadi sejarah apabila filem Bong Joon Ho mengenepikan pencalonan yang hebat belaka seperti Marriage Story, Knives Out, 1917 dan Once Upon a Time in Hollywood.

Berita kemenangan itu turut juga dikongsikan laman Twitter rasmi anugerah tersebut sebentar tadi.

Bangga diberikan penghormatan sedemikian, Bong Joon Ho meluahkan rasa gembira kerana dapat membawa nama Asia, terutamanya Korea Selatan di mata dunia.

“Inilah penghormatan terbesar untuk saya,” katanya.

Selain memenangi  lakon layar terbaik, Parasite turut menjadi juara kategori utama Filem Antarabangsa Terbaik  menewaskan calon lain seperti Corpus Christi (Jan Komasa), Honeyland (Tamara Kotevska, Ljubo Stefanov), Les Miserables (Ladj Ly), Pain and Glory (Pedro Almodovar).

Team Dhia nak tumpang bangga juga dengan filem dari Asia yang berjaya menempa nama ini. Kita kena belajar dengan kegigihan produksi Korea Selatan ini. Alangkah bangganya dapat membawa identiti, gagasan, idea serta bahasa ibunda kita di pentas dunia. Syabas!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my