D-Life

Ini petanda telefon korang dah parah, belilah yang baru!

Oleh  | 

ZAMAN sekarang ini telefon memang satu keperluan. Tapi, sayang macam mana kita dengan telefon yang kita beli dengan titik peluh sendiri. Ada masa telefon korang menunjukkan ciri-ciri yang sudah cukup berkhidmat dan ingin berehat selama-lamanya. Cewah!

Korang pun mula terdetik dalam hati, ‘eh betul ke aku nak jual telefon ni?’, Kalau korang masih keliru bilakah waktu terbaik untuk ganti telefon. Ini ada beberapa petanda yang menunjukkan korang kena menabung dan belilah telefon baru.

Bateri cepat mati

Korang cas la lama-lama. Tapi bateri phone korang tetap macam itu, cepat sangat habis. Tak ada maknanya nak tengok Netflix lama-lama. Benda ini terjadi sebab kualiti komponen kimia dalam bateri telefon sudah semakin menurun. Sebab itulah dia tak boleh bertahan lama macam sewaktu korang baru muka-mula beli.

Lambat

Pernah tak telefon korang tiba-tiba jadi stuck sekejap dan sangat lambat bila nak buka apa-apa apps setiap kali korang menggunakan telefon? Itu petanda korang install atau update aplikasi yang membuatkannya semakin lambat. 

Apps banyak yang crash

Benda ini rasanya semua orang pernah rasa. Penyebabnya bukan device sahaja. Kadangkala sebab aplikasi itu tak bersesuaian dengan OS. Sebab itu aplikasi akan crash dan tutup dengan sendiri.

Handphone rosak

Ada juga beberapa peristiwa yang tak boleh kita hindari macam telefon jatuh, screen pecah, atau masuk dalam air. Putus asa sahajalah dan belilah yang baru.

Kamera makin teruk

Sekarang ini semua syarikat tengah berlumba-lumba nak tingkatkan kualiti kamera. Kalau korang rasa ambil gambar yang cantik penting dalam hidup korang, apa kata korang ganti dengan yang lebih baik. Cuma nasihat sis, belilah telefon yang kena dengan bajet masing-masing.

Tak ada telefon yang akan bertahan lama pun. Mesti ada komponen-kompenen dalam telefon yang dah ‘penat bekerja’. Mungkin korang nak consider tukar telefon, agak-agaknya telefon jenama apa pilihan korang?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my