D-Life

Ini punca keretakan gigi akibat tindik dibahagian ini….

Oleh  | 

BERTINDIK ni memang nampak bergaya dan trendy. Kena sangat dengan konsep street style moden zaman sekarang ni. Memang tidak dinafikan kaum wanita dalam bab menghias diri ni memang tak boleh lari. Paling sikit pun mesti keluar rumah pakai pemerah bibir.

Jadi tidak dinafikanlah ramai memilih untuk bertindik sebagai perhiasan diri pun adalah wanita juga! Akan tetapi, haruslah kena dengan tempatnya agar kesihatan diri tidak terganggu.

via GIPHY

Ada juga individu di luar sana yang bertindik di bahagian anggota badan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri.

Sepertinya, tindik di bibir, kening, pusat, lidah mahupun kemaluan! Ye dik, akak tak nak ulang. Korang pandai bacakan? Apa agaknya yang terfikir oleh mereka ini sehinggakan tempat yang cukup sensitif pun mahu ditindiknya. Jangan lah begitu.

via GIPHY

Sebelum korang nak bertindik, apa kata korang kenali terlebih dahulu bahagian mana yang berbahaya untuk ditindik. Mengikut sumber, ada satu tempat yang sangat merbahaya untuk ditindik. Iaitu pada bahagian hujung lidah.

Tindikan ini digelar snake bite piercing dimana peralatan tindik itu berbentuk melenkung dan dimasukkan di hujung lidah. Bahagian tersebut membabitkan dua otot dan menyukarkan lidah untuk bergerak.

Tambahannya lagi, perhiasan itu juga akan berada di belakang gigi dan akan menyebabkan hakisan gusi, keretakan gigi dan meninggalkan kesan parut yang buruk!

via GIPHY

Sis harap artikel ini dapat membantu gadis-gadis Dhia untuk membuat keputusan dengan lebih bijak dan semoga kesihatan semua terjaga!

 

Sumber:Wanista

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my