D-Life

Ini rancangan Korea pasti buat korang tidak kering gusi

Oleh  | 

RANCANGAN aneka ragam dari Korea sangat popular di seluruh dunia. Diorang mempunyai peminat yang tersendiri walaupun rata-rata peserta di dalam rancangan itu bukan lah seorang penyanyi K-Pop ataupun pelakon terkenal.

Kebanyakan mereka adalah pelawak dan penyanyi atau pelakon yang sangat pandai dalam menjadikan rancangan itu menghiburkan. Disini sis nak share la kat korang rancangan variety dari Korea yang korang boleh layan dan mampu membuat korang gelak tak kering gusi.

Korang boleh layan bila rasa macam nak gelak ke apa dan dalam pada masa yang sama, boleh release stress tu!

Running Man

Ni adalah diantara rancangan paling lama di Korea yang masih bertahan sehingga sekarang. Walaupun mengalami berkali-kali rombakan dari segi game dan ahli, ianya tetap mempunyai peminat tersendiri yang masih setia bergelak ketawa.

Rancangan ini memiliki 8 orang ahli asal yang perlu bermain pelbagai game seperti game yang berbentuk sukan, quiz dan game tradisi diorang iaitu game mencabut nametag.

Rancangan ini mampu membuatkan korang tergelak kerana ahli-ahli yang mempunyai karakter yang tersendiri dan mampu membuat orang ketawa.

New Journey To The West

Rancangan ini adalah rancangan bersiri yang kini sudah pun memasuki season yang ketujuh di Korea. Konsep rancangan ini diadaptasi dari kisah Journey To The West dan Dragon Ball. Diorang kena mengumpul kesemua 7 biji bola naga apabila ianya dilepaskan dan cara untuk mendapatkannya adalah dengan bermain game yang menguji skills diorang.

Foto:allkpop.com

Pada mulanya rancangan ini mempunyai 4 orang ahli tapi sehingga season yang ketujuh bilangan ahli telah menjadi 6 orang. Rancangan ini sangat kelakar dan mampu membuat penonton ketawa melihat setiap gelagat diorang.

Kang’s Kitchen

Rancangan ini adalah sebuah rancangan yang sangat unik disebabkan ianya adalah sebuah rancangan spin-off daripada New Journey To The West. Ahli di dalam rancangan tersebut berjaya mengumpul kesemua bola naga  dan disebabkan itu salah seorang dari ahli bernama Kang Hodong request ingin menghasilkan rancangan seperti Yoons Kitchen (Sebuah Rancangan Korea juga) .

Foto:soompi.com

So pengarah rancangan itu terus menghasilkan spin –off ini dan ianya membawa kelainan kerana ahli –ahli perlu membuka restoran dan menjadi tukang masak, pelayan dan sebagainya. Ianya juga boleh buat korang gelak melihat telatah sekumpulan entertainer menjadi pekerja restoran.

‘Knowing Brother’

Knowing Brother adalah diantara rancangan di Korea yang sentiasa mendapat rating tertinggi kerana ianya sangat menghiburkan dan padat dengan segmen yang mampu buat korang ketawa. Ianya berkonsepkan sebuah kelas darjah yang mempunyai 7 orang ahli asal yang menerima kedatangan pelajar baru (artis jemputan).

Foto:medium.com

Rancangan ini mengetengahkan keunikan artis jemputan dan setiap ahli  yang korang tak akan sangka yang mereka jadi begitu berbeza di dalam set rancangan ini. Selain itu, rancangan ini mempunyai sedikit kelainan dimana diorang akan berlakon mengikut set dan situasi yang sudah disediakan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my