D-Life

Ini rupanya di sebalik mitos tak bagi tiup lilin waktu ‘birthday’!

Oleh  | 

PERNAH tak kamu pergi ke mana-mana majlis sambutan hari lahir. Lepas tu, tuan rumah tak bakar pun lilin macam orang lain buat dengan alasan “tak elok tiup lilin” ?

Tak payah nak bitter sangat, jom kita selongkar kenapa agak-agaknya tak elok tiup lilin waktu hari lahir. Kalau nak tahu, ada beberapa perkara yang kita lakukan tanpa sedar akan menyebarkan penyakit. Salah satu daripadanya ialah tiup lilin. How come?

via GIPHY

Menurut kajian yang tercatat dalam Journal of Food Research menunjukkan ketika kita berdiri untuk meniup lilin, ia akan menyebarkan jumlah bakteria  di atas kek sebanyak 1.400 peratus. Walaupun jarang berlaku kes penularan virus dilaporkan ketika meniup lilin, namun ada kemungkinan kuman disebarkan di atas kek semasa ia dimakan.

Selain daripada tiup lilin, menggigit kuku atau hujung pensil juga boleh menyebarkan bakteria. Mungkin kamu berpendapat ia adalah perbuatan yang boleh menghilangkan gugup atau tekanan yang sedang dialami. Tapi jaga-jaga! Walaupun kuku dan pensil kita kelihatan bersih. Namun, tiada siapa yang dapat pastikan berapakah jumlah bakteria yang berada di sana.

via GIPHY

Kepada yang suka menggigit tu, janganlah selalu sangat buka penutup botol pakai gigi. Selain daripada boleh merosakkan gigi, ia juga boleh menyebakan kuman yang berada di botol itu berpindah ke dalam mulut.

Cantiknya rambut kamu yang lurus dan beralun. Tapi cuba cek sikit keadaan sikat kamu tu macam mana rupanya? Adakah rambut kamu bergumpal dekat sikat? Ha… rajin-rajinkanlah diri kamu bersihkan sikat ya.

via GIPHY

Ini kerana, bukan hanya rambut gugur, tapi sisa produk kecantikan , minyak kulit kepala turut berpindah ke sikat kamu dan berkampung di situ. Oleh itu rajin-rajinkanlah diri kamu membersihkan sikat paling tidak sebulan sekali.

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my