D-Life

Ini rupanya kebaikan minum air suam bercampur madu

Oleh  | 

SIAPA je yang tak nak mempunyai tubuh badan yang sihat kan? Macam-macam cara dan petua yang telah diperkenalkan bagi mendapatkan tubuh badan idaman termasuk mengambil pelbagai jenis supplement. Namun korang tahu tak kita boleh dapatkan tubuh badan idaman dan sihat dengan minum air suam bercampur dengan madu? Sejauh mana kebenarannya? Jom kita baca kat bawah!

Melegakan batuk

Tahu tak sebenarnya madu dapat membantu meredakan batuk? Ubat tradisional ini sangat mudah untuk dibuat. Masukkan satu sudu madu ke dalam cawan kemudian perah lemon ke dalam cawan dan isi dengan air suam. Minum sebelum tidur dan korang akan rasa lebih segar pada keesokan harinya!

Melancarkan pencernaan

Gabungan air panas dan madu sememangnya mampu memberikan kesan yang positif kepada bakteria usus dan mampu menjaga sistem pencernaan kita supaya kekal sihat. Madu juga membantu membuang kesan genotoksik yang merbahaya daripada mikotoksin. Sebenarnya madu merupakan pengganti yang baik kepada gula. So rajin-rajinkanlah ambil madu dan kurangkan penggunaan gula ye.

Mengurangkan berat badan

Ha, untuk korang yang sedang berdiet dan sedang dalam fasa untuk mengurangkan gula dalam kehidupan seharian, korang boleh gantikan madu sebagai benda yang manis. Madu boleh menjadi pengganti gula dalam tempoh yang panjang. So tak adalah diet korang sendu sangat bila ada benda manis kan?

Make sure madu yang korang gunakan adalah madu yang asli ye. Sebaiknya jangan berikan madu kepada kanak-kanak yang berusia bawah daripada satu tahun kerana bimbang mereka akan menghidapi bulotisme. Bagi penghidap diabetes pula, dapatkan saranan daripada doktor tentang pengambilan madu ni ye.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my