DhiaLova

Ini rupanya taktik si kacak Aman RA nak ‘tackle’ gadis idaman!

Oleh  | 

BERTUBUH sasa dan memiliki suara lunak, tidak hairanlah jika penyanyi hip-hop dan rapper bernama Aman RA digilai ramai gadis di luar sana.

Pemilik nama sebenarnya Aman bin Jamaluddin ini sempat bercerita kepada team Dhia apa yang akan dilakukannya sebagai ‘anak jantan’ kalau nak ajak crush keluar. Jom kita dengar apa kata Aman RA supaya gadis dekat luar sana tu boleh la bersedia. Mana tahu kamulah gadis pilihan Aman RA!

“Saya kalau nak berkenalan dengan perempuan, saya akan terus terang dan cakap terus kepadanya. Kalau dia tolak, tak apa. Anak jantan kena terima. Tapi kalau dia kata ‘saya pun setuju’, kita akan ke fasa seterusnya.”

Ditanya apa agaknya tempat yang menjadi pilihan sekiranya Aman RA ingin membawa gadis idamannya keluar. Ternyata lelaki sasa ini memilih tempat yang dekat dengan alam  memandangnya Aman RA mempunyai jiwa yang sangat dekat dengan alam semulajadi seperti pantai dan bukit. Tudia! dalam hati ada taman.

Kalau dah namanya pertemuan pertama kali, pasti ada moment awkward. Pelantun lagu Bangkit ini sempat juga bagi tips macam mana nak pastikan temujanji itu menarik.

“Saya rasa kena ada karya, tak kisahlah lagu, buku, atau movie. Kita ada sesuatu yang kita boleh bincangkan.” katanya kepada team Dhia semasa ditemui di separuh akhir Muzik-Muzik ke 33 baru-baru ini.

Aman RA turut melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 menerusi lagu Jatuh Bangit dengan pasangan duetnya Haqiem Rusli.

Jatuh Bangun adalah antara lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 33 daripada 12 lagu lain yang dipertandingkan pada AJL Februari akan datang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my