Serious?!

Ini sebab kenapa 7-Eleven logo ada “n” kecil

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis tendy Hari ini sis nak kongsikan satu fakta menarik bagi korang semua dan sebelum sis nak kongsikan tu, sis nak tanya korang.

Perasan tak dalam logo 7 Eleven, kenapa huruf ‘N’ dalam logo mereka tu huruf kecil dan bukan huruf  ‘N’ besar? Ada maksud tersirat ke?

Kalau korang nak tahu, meh sini sis terangkan dekat korang apa ertinya dan macam mana ia boleh terjadi? Jom baca lagi!

7-Eleven adalah kedai serbaneka 24 jam yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih 2000 kedai diseluruh negara. Dekat mana pun korang pergi, tak kisah lah dekat pekan kecil atau pun dekat bandar-bandar utama mesti ada 7-Eleven ni.

Foto:www.ekocherasmall.com

Antara benda yang menjadi trademark wajib dan benda yang popular di 7-Eleven adalah minuman Slurpee. 7- Eleven masuk pasaran Malaysia pada 9 Oktober 1984 dan membuka kedai pertama yang masih lagi beroperasi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

 

Selain dari popular dengan makanan ringan dan Slurpee, 7-Eleven logo juga antara logo yang dikenali di seluruh dunia. Nombor 7 yang berwarna merah dan oren ini telah menjadi signature 7-Eleven dari awal penubuhan lagi.

Tapi kalau korang perasan dekat logo diorang ni ada kesalahan iaitu huruf “N” sahaja yang berhuruf kecil. Manakala huruf lain semuanya berhuruf besar.

Huruf “n” di dalam logo ini dah lama jadi isu perbincangan orang diseluruh dunia melalui laman social dan 7-Eleven tak pernah mengeluarkan sebarang jawapan selama bertahun-tahun sehingga la sekarang.

Wakil 7-Eleven berkata sebenarnya isteri kepada pengasas 7-Eleven berpendapat yang logo diorang kelihatan agak kasar sebab semuanya menggunakan huruf besar. Jadi dia suggest huruf “N” tu ditukarkan kepada huruf kecil so logo tu nampak lebih anggun.

So lepasni kalau korang ada terfikir nak buat logo buatlah macam 7-Eleven ni biar buat macam orang tertanya-tanya walaupun benda tu kecil je.

Sumber:Says.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my