Serious?!

Ini sebab kenapa air zam zam tak boleh dijual

Oleh  | 

SEBENARNYA ramai yang tak tahu jual air zam zam dekat Malaysia ini sebenarnya dah menyalahi undang-undang. Sis pun baru tahu yang ia sebenarnya melanggar Peraturan 360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985. Biasanya air zam zam ini kita biasa nampak orang jual dekat pasar malam atau dekat kedai buku.

Sebenarnya ada sebab kenapa air zam zam ini diharamkan dijual dekat Malaysia. Kalau korang nak tahu, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat dalam kuantiti yang terhad. Maksudnya, air zam zam bukanlah sesuatu yang patut diperdagangkan.

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Maka, mengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Sejak dikuatkuasakan pada tahun 2012, RM58, 191.80 jumlah air zam zam telah dirampas di seluruh negara.

FOTO: Kofnikel

Menurut Dr Noor Hisham, ketua pengarah kesihatan menyatakan mengikut kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai isu ini boleh berhubung dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di fsq.moh.gov.my

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my