D-Life

Ini sebab kenapa korang jangan hantar emel waktu malam!

Oleh  | 

KITA patut bersyukur sebab dilahirkan dalam zaman yang sudahpun ada internet. Semua kerja korang boleh lakukan dengan segera. Tapi yang tak seronoknya, korang pun kena hantar dan terima kerja bila-bila di luar waktu kerja.

Sebenarnya hantar emel tentang kerja pada waktu malam dikira tidak beretika tau. Selain itu ada juga sebab lain yang mengukuhkan lagi alasan kenapa korang tak boleh hantar emel waktu tengah malam. Jom baca!

via GIPHY

Emel tenggelam

Kalau dah namanya hantar emel waktu malam. Sudah tentulah penerima emel itu dah tidur dan tak akan buka emel. Kecuali kalau korang hantar emel dekat negara yang ada zon masa berbeza. Itu kes lain sikit. Tapi kalau dah zon masa sama, emel korang mungkin akan tenggelam bersama-sama emel yang lain. Lepas ini hantar emel waktu siang tau.

Mungkin ada buat salah

Kalau dah malam, mungkin waktu itu kita pun tak berapa fokus. Jadi kita akan berisiko untuk melakukan kesilapan sewaktu menghantar emel. Risaunya kalau kesalahan yang korang buat tu melibatkan angka yang boleh buat syarikat korang lingkup. Jaga-jaga!

Ganggu waktu rehat

Boleh jadi korang hantar emel dan penerima emel belum tidur. Tapi dia ternampak emel korang masuk. Sudah tentu dia akan jadi terfikir-fikir dan tak tenang selagi tak tengok apa yang korang tulis.

Kurang waktu rehat

Kalau kita dah terbiasa hantar emel dan kerja sampai lewat malam. Badan kita mesti tak cukup tenaga keesokkan harinya. Jadi seimbangkanlah diri antara kerja dan juga berehat. Kita kena ada kualiti tidur yang bagus untuk pastikan mood kita dan semangat kerja yang mencukupi.

via GIPHY

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my