D-Life

Ini sebab kenapa korang kena lepak selalu dekat taman…

Oleh  | 

TINGGAL di bandar besar memang akan membuatkan korang letih sesekali dengan keadaan jalan yang sesak, kerja yang banyak dan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Kajian daripada University of Louisville, Amerika Syarikat  menunjukkan orang yang tinggal dalam lingkungan tanaman hijau akan memiliki tahap stres yang lebih rendah, serta risiko serangan jantung yang rendah dan memiliki  pembuluh darah yang lebih sihat.

via GIPHY

Dalam satu kajian lain yang dilakukan  Journal of the American Heart Association menguji tahap tekanan dan penyakit jantung  menunjukkan keadaan tahap tempat tinggal sangat memainkan peranan dalam kehidupan seseorang.

Mereka yang tinggal di kawasan yang hijau  dan dipenuhi tumbuhan  rata-rata mempunyai tahap stres oksidatif yang lebih rendah.

Mereka juga memiliki pembuluh darah yang lebih sihat berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar dan kurang tumbuhan hidup.

via GIPHY

Kajian tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa interaksi dengan tanaman  boleh menjadi antara cara menghindari penyakit jantung selain memiliki kualiti udara yang lebih baik.

Jadi, kalau dah rasa sesak sangat tinggal di Bandar, jangan lupa untuk pulang ke kampung atau bersiar-siar di taman tau!

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my