D-Life

Ini sebab kenapa korang kena peluk musuh sendiri selama 20 saat

Oleh  | 

BARU-BARU ini seluruh masyarakat dunia menyambut Hari Pelukan Sedunia. Idea asal tercetus daripada Kevin Zaborney untuk mewujudkan Hari Pelukan Sedunia pada 21 Januari iaitu pertengahan hari natal dan Valentine. Menurutnya, ini adalah waktu tingkat kemesraan dan kasih sayang berada pada tahap rendah.

Dengan adanya hari berpelukan sedunia, diharap semua dapat mendorong lebih ramai orang untuk memeluk ahli keluarga dan kawan-kawan. Namun ingat, pelukan yang dimaksudkan ialah pelukan kasih sayang dan bukannya bertujuan memberi maksud seksual!

Jika kita berpeluk selama 20 saat, kita akan memiliki kadar oxytocin yang sama tinggi dengan mereka yang sedang jatuh cinta. Tapi ingat, syaratnya korang kena minta kebenaran dan bertanya dulu dengan orang yang ingin korang peluk. Dengan ini, ia akan memberikan efek kesihatan yang sama tinggi.

Selain itu, ada juga manfaat lain jika kita berpelukan. Jom kita check!

Meningkatkan kemesraan

via GIPHY

Menurut seorang profesor saraf kognitif bernama Brian Hare, ketika kita memeluk sesuatu, otak kita akan melepaskan oksitosin. Kesannya, ia dapat meningkatkan perasaan kemesraan dan membantu mengeratkan ikatan antara manusia.

Tahap oksitosin yang tinggi dapat meningkatkan perasaan romantik seterusnya mengurangkan perasaan sepi dan terasing.

Ia tidak hanya terjadi ketika kita memeluk manusia, ia juga terjadi setiap kali kita memeluk haiwan seperti anjing dan kucing.

via GIPHY

Kurangkan depresi

via GIPHY

Selain daripada oksitosin, kajian juga menyatakan pelukan boleh melepaskan hormon dopamin yang memberikan rasa bahagia di dalam otak. Mereka yang selalu merasa tertekan dan depresi biasanya memiliki dopamin yang rendah.

Melawan stres

via GIPHY

Dalam sebuah kajian yang dilakukan Universiti Carnegie Mellon, Amerika Syarikat menunjukkan pelukan boleh mengurangkan stres dan tekanan . Ini kerana pelukan membuat seseorang rasa disokong  oleh lingkungan sosialnya.

Jadi, kalau difikir-fikir sebenarnya manfaat ini sangat berguna kalau kita memeluk mereka yang selalu membuat kita berasa stres dan tertekan. Apa kata korang pergi peluk orang yang paling buat korang annoying sekali. Contoh macam bos korang. eh?

Lepas tu meh roger dekat Dhia apa yang terjadi.

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my