DhiaLova

Ini sebab lelaki lebih suka perempuan yang ‘bimbo’

Oleh  | 

BIASANYA kita akan dengar lelaki lebih suka wanita yang bijak kerana mereka beranggapan wanita yang bijak boleh menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Well, baru-baru ini sebuah kajian telah menemukan sebenarnya lelaki lebih gemarkan wanita yang kurang bijak? Eh, betul ke macam tu?

Menurut sebuah portal yourtango.com, sebuah kajian telah dilakukan di UK dan hasilnya menunjukkan kebanyakan perempuan yang bijak dan cerdas tidak akan berkahwin dan sesetengahnya akan berkahwin lambat. Hal ini mungkin kerana lelaki di sana menganggap wanita yang bijak sering mendatangkan masalah kepada mereka. Yelah, biasanya perempuan yang bijak ni lebih senang nak hidu temberang lelaki manakala wanita bimbo ni pula lambat sikit lah nak dapat tangkap apa-apa yang berlaku. Tak gitu bro? Oppss!

Kebanyakan lelaki memilih untuk mengadakan hubungan dengan wanita kurang bijak kerana kebanyakan wanita bimbo ni lebih mementingkan diri mereka sendiri berbanding pekerjaan dan perkara yang lain. Wanita yang bijak merupakan seorang yang workaholic dan sentiasa fokus kepada karier mereka. Hubungan percintaan seringkali menjadi perkara kedua kepada mereka. Senang cerita lelaki lebih suka wanita yang mempunyai masa yang lebih untuk mereka tetapi ego nak mengaku kan! Ish, ish, ish.

Memang secara fitrah, lelaki lebih suka menjadi dominan dalam sebuah hubungan dan hidup mereka. Mereka lebih suka dilihat sebagai seorang pemimpin dan someone yang boleh diharapkan. Ini akan menjadikan mereka lebih percaya dan yakin kepada diri mereka sendiri. Namun, ini tidak bermakna perempuan tidak boleh jadi bijak tau.

Apapun, demi nak memuaskan kehendak lelaki, korang jangan tiba-tiba bertukar karakter jadi bimbo pula. Tapi ianya akan jadi satu bonus kepada perempuan sekiranya memiliki otak yang bijak dan boleh memberi tumpuan kepada hubungan mereka juga. Give and take okay! Barulah hubungan boleh kekal mesra sis.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my